Saturday, December 13, 2014

Konvensyen Koperasi Kredit

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Koperasi Kredit selama 3 hari 2 malam pada 11-13 Disember 2014 bertempat di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur.

Hotel Pearl International

Majlis Perasmian Konvensyen diadakan pada hari pertama pada 11 Disember 2014 jam 4.00 petang. yang dihadiri oleh seramai 266 orang peserta diseluroh negara telah di rasmikan oleh YB. Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan Timbalan Menteri Kewangan.


Ucapan Presiden ANGKASA
Ucapan dan Perasmian oleh YB. Datuk Hj. Ahmad
bin Hj. Maslan Timbalan Menteri Kewangaan

Presiden ANGKASA YBhg. Dato' Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah memberi ucap utama dalam ucapan perasmian dengan mengalu-alukan kehadirin YB. Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan Timbalan Menteri Kewangaan.

Sebahagian dari Peserta
Pegawai Pegawai Tertinggi ANGKASA

Selesai sudah majlis perasmian pada jam 6.00 petang semua peserta ke jamuan teh dan selepas makan malam jam 8.30 malam Konvensyen bermula dengan Pembentangan Kerta Kerja bertajuk Kunci Kepada Strategi oleh YBhg. Ustaz Hj. Mohd. Nasir Ismail (Islamic Banking & Finance Institute Of Malaysia) mana kala moderatornya Dato' Che Mohd Shukree Che Isa.





Majlis Sual Kenal

Hari kedua 12 Disember 2014 sebanyak 4 kerta kerja dibentangkan 2 kertas kerja pagi 1 disebelah petang dan 1 disebelah malam diatas tajuk:-

Penceramah Kedua
Sebahagian Peserta

8.15pg hingga 10.15 pg bertejuk Produk dan Perkhidmatan oleh YBhg. Ustaz Ahmad Zakirullah Mohammed Sharaani (Islamic Banking & Finance Institute Of Malaysia).



10.15 pg hingga 12.30 tengahari Ceramah bertajuk Pengurusan Kredit oleh En. Mohammed Firdaus bin Kader Mohideen (Panel Konsultant IBFIM) program ditanguhkan untuk membolehkan peserta menunaikan solat jumaat.



3.00 petang hingga 5.00 petang Ceramah bertajuk Peranan KOPSYA di dalam Memperkasakan Koperasi oleh Y.Bhg. Dato' Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwan Wafa (Ceo KOPSYA).



8.30 malam hingga 10.30 malam Ceramah bertajuk Pengerusan Kutipan (Collection) dan Kawalan Pinjaman Bermasaalah oleh Hj. Kamaruzzaman Hj. Kassim (Panel Konsultan IBFIM).



Hari ke Tiga pagi hanya 1 kertas kerja bertajuk Peluan Perniagaan Bersama MyAngkasa Mobile dan Kad Keahlian oleh En. Husnaidy Ibrahim (Pengurusan Bahagian Keusahawanan) dan selepas itu diteruskan dengan Perasmian Penutup Konvensyen Koperasi Kredit oleh Y.Bhg Dato' Hj. Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA.

Sessi Pembentanggan

Program bersurai pada jam 1.00 tengahari sebaik sahaja selepas jamuan makan tengahari.

Menjamu selera
Checkout

No comments:

Post a Comment