Friday, December 19, 2014

Majlis Perasmian Persidangan


Kesatuan Pekerja Pekerja Penguasa Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE Semenanjung Malaysia) telah berjaya mengadakan Persidangan Perwakilan Tri Tahunan kali ke 25 pada 17-18/12/2014 di Dewan Mesyuarat, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.


En. Pissal bin Abu Setiausha Koperasi
KOSPETA Malaysia Berhad sedang berucap


Sebahagian dari Perwakilan

Disebelah malamnya diadakan Majlis Makan Malam dihadiri seramai 500 orang Perwakilan dan Pemerhati diseluroh Negara. Majlis ini diadakan Sempena Persidangan ini bertempat di Dewan Banquet, Majlis Perbandaran Sungai Petani di rasmikan oleh YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.

Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani

Ketibaan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir disambut oleh Presiden ANULAE Semananjung Malaysia Merangkap Presiden Cuepacs bersama dengan Dato' Harun bin Jasin Pegawai Daerah Kuala Muda serta Yang di Pertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Menunggu Ketibaan YAB Menteri Besar, Kedah
Menyemat Bunga oleh Puan Norazuwa Pissal
Perarakan Masuk

Sebaik sahaja YAB Dato' Seri sampai di meja VIP lagu Negara Ku dan lagu Allah Selamat Sultan dinyanyi oleh Kumpulan Koir Kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani yang diketuai oleh Puan Norazuwa bte Pissal


Meja VIP
Orang Ramai yang hadir

Selepas persembahan koir diteruskan bacaan doa dan pengacara majlis terus menjemput YBhg. Datuk Azih bin Muda memberi ucapan dan selepas itu YAB Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir berucap dan merasmikan Majlis Makan Malam serta Persidangan Perwakilan Tri Tahunan Kali Ke 25, ANULAE Semenanjung Malaysia.

YBhg. Datuk Azih bin Muda sedang berucap
Sebahagian dari Tetamu

No comments:

Post a Comment