Monday, November 5, 2012

Talapia 1 Tan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang mempunyai sebanyak 40 sangkar besar telah dapat membekalkan diatas permintaan oleh beberapa syarikat dan ahli perniagaan, hari ini 5/11/2012 pihak koperasi telah dapat menaikan ikan dalam sangkar sebanyak 1 tan dalam masa 2 jam.

Sangkar Ikan Talapia

Syarikat Nikmat Cawangan Ipoh telah memesan ikan talapia sebanyak 1 tan untuk dibekalkan kepada tentera di Ipoh, Perak. Kadar harga yang dipersetujui diatas RM 6.00 sekilo sizenya diantara 3 hingga 4 ekor 1 kilo.

Proses mengumpulkan ikan
Ikan diangkat terus ditimbang
Proses Pengambilan Ikan

Pengarah projek pemiliharaan ikan talapia En. Kalai Chelvan bersama dengan beberapa orang anak buahnya turun ke padang bagi melihat sendiri penyediaan sebanyak 1 tan ikan talapia kepada syarikat Nikmat oleh pekerja-pekerja pemiliharaan dan turut hadir sama En. Pissal Abu Penolong Setiausaha.

En. Kalai Chelvan membawa ikan untuk ditimbang
Ikan yang dimasukan kedalam tong ais
Lori dari Syarikat Nikmat

Setelah ikan-ikan yang diangkat dan ditimbang dengan diperhatikan oleh En. Kalai Chelvan terus dinaikan ke atas lori yang sedia menunggu.

Thursday, November 1, 2012

Pertandingan Karaoke Terbuka

KTCL Cafe & Karaoke semalam 31/10/2012 telah mengadakan pertandingan lagu-lagu karaoke terbuka bertempat di KTCL Cafe & Karaoke Hujung Kuala Tunjang, KM 14 Jalan Putra (Jerlun) Alor setar, Kedah.


Pertandingan ini di adakan hanya peringkat suka-suka untuk menguji sejauh mana kebolehan peserta-peserta yang mengambil bahagian setelah sekian lama setiap malam (Pelanggan tetap) datang berlatih. Dua orang pengadil dari luar kawasan tersebut dijemput menjadi pengadil.

Pengadil dan Barangan Hadiah
Sebahagian dari peserta dan penonton
Sebahagian dari paserta dan penonton

Hadiah merupakan barangan electrik dari tempat pertama hingga ke sepuloh, 2 hadiah khas bagi ketegori persembahan terbaik lelaki dan wanita dan 2 hadiah khas bagi ketegori pakaian tercantik lalaki dan wanita dan hadiah setiap peserta yang menyertainya sehelai kain shut setiap seorang disediakan.

Peserta Wanita
Peserta Lelaki
Peserta yang mengambil bahagian

Acara penyampaian hadiah di kesemua ketegori dilakukan oleh En. Pissal bin Abu selaku penganjur pertandingan malam tersebut. Pertandingan ini mendapat sambutan yang baik sehingga banyak yang datang lewat tidak dapat tempat duduk terpaksa berdiri diluar kedai dari awal hingga keputusan diumumkan.

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua
Pemenang KeTiga
Hadiah setiap peserta kain shut
Penyampaian Hadiah

Rata-rata selepas keputusan diumumkan semua peserta berpuas hati kerana itu keputusan pengadil dan DJ telah memaklumkan lebih awal sebelum bermulanya pertandingan keputusan pengadil adalah muktamat. Seramai 30 orang peserta terdiri lalaki dan wanita telah mengambil bahagian dan pelbagai gaya persembahan ditunjukan. Pertandingan yang bermula jam 10.00 malam berakhir jam 2.00 pagi.

Peserta tempat pertama hingga ke Lima

Tuesday, October 30, 2012

Mesyuarat Pembiayaan dan Perjawatan

Mesyuarat Pembiayaan dan Kredit bersama mesyuarat Perjawatan, Kompetensi dan Tatatertib telah diadakan di hari yang sama pada 30/10/2012 hari Selasa jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin Mohammad tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih Muda sedang menpengerusikan mesyuarat
Penolong Setiausaha sedang mencatit

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mempengerusikan kedua-dua mesyuarat dengan didahului oleh mesyuarat pembiayaan dan kredit yang telah meluluskan sebanyak 2 juta diatas pelbagai jenis pinjaman termasok pinjaman barangan electrik, meyuarat berakhir jam 2.30 petang.

Sebahagian J/kuasa kecil yang hadir
Mesyuarat Perjawatan, Kompentasi dan Tatatertib

Selepas solat dan makan tengahari bersama warga kerja di tingkat 3 jam 3.30 petang disambung dengan mesyuarat Perjawatan, Kompentasi dan Tatatertib. Mesyuarat tersebut membincang kenaikan gaji warga kerja seramai 23 orang sebanyak 13% dan gaji disusun semula mengikut skim gaji SSM sama taraf dengan kakitangan Kerajaan. Setelah berbincang dan mengambil kira kemampuan kewangaan akhinya mesyuarat bersetuju skim gaji ini berkuatkuasa mulai Jan 2012.

Makan Tengahari
Sebahagian Wargakerja sedang menjamu selera

Saturday, October 27, 2012

Ngo Peremba Korban

Persatuan Kebajikan Penduduk-Penduduk Kampong Hujung Peremba telah mengadakan majlis Korban sebanyak 5 ekor Lembu untuk tahun ini yang diadakan pada Hari Raya ke 2 27/10/2102 bertempat di Rumah Pengerusi Persatuan di Hujung Peremba, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.

Daging paha sedang di potong
Agihan Daging

Diatas komitmen serta kerjasama dari ahli-ahli persatuan serta mendapat kepercayaan penduduk-penduduk di Kampong tersebut program ini diadakan setiap tahun dan ia sudah berjalan sudah lebih 5 tahun. Diatas pengelaman yang sedia ada dengan tenaga kerja yang mencukupi kerja-kerja penyembelihan, lapah dan pengagihan setiap peserta korban termasok pekerja-pekerjanya dapat disempurnakan dalam masa 3 jam.

Cincang Daging
Daging yang sudah siap untuk diagihkan
Bahagian Masak
Gambar Keselurohan

Istimewanya daging yang lebih dibuat gulai dan soup tulang untuk kenduri pada hari tersebut dan ramai penduduk-penduduk disekitar kampong turut hadir dalam program kenduri korban. Semua peserta-peserta korban berpuas hati dan insyaalah program korban ini akan diteruskan lagi di tahun hadapan.

Kenduri Korban
Kenduri Korban

Tuesday, October 23, 2012

Majlis Bandaraya Ipoh

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan kempen menambah keanggotaan selama 3 hari mulai 23-25/10/2012 di Bahagian Bengkel dan Pejabat Penguasa Perkhidmatan Bandaraya di Majlis Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Pejabat Penguasa Perkhidmatan Bandaraya
En. Pissal Abu sedang memberi Penerangan

Kempen diperingkat permulaan didapati ada sambutan dan lebih dari 10 orang telah mengisi borang menjadi ahli koperasi setelah beberapa taklimat diberikan, Ramai pekerja-pekerja di Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menjadi ahli koperasi di peringkat Jabatan sendiri jadi ada pekerja-pekerja yang masih ragu-ragu adakah mereka boleh menjadi ahli koperasi lebih dari satu.

Pekerja-Pekerja MBI sedang melihat barangan Electrik
Pekerja sedang mengisi borang

Turut bersama dalam kempen tersebut Syarikat KVK Multimedia yang dilantik oleh Koperasi sebagai agen membekal serta menjual alatan electrik dan Handfhone kepada Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diseluroh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khusus untuk ahli-ahli sahaja.

En. Pissal Abu sedang menyerahkan TV kepada ahli
Penyerahan Lattop dan Handfhone

Monday, October 22, 2012

Malam Pautan Kasih

Kemas Dun Kubang Rotan telah berjaya mengadakan Malam Pautan Kasih dan Jasa Mu di Kenang pada 21/10/2012 hari Ahad jam 8.00 malam bertempat di Dewan Utama, Menara, Alor Setar, Kedah.


Pengacara Majlis

Program ini diadakan sebagai mengenangkan Jasa Pengerusi-Pengerusi Tabika dan juga meraikan persaraan salah seorang Pemaju Masyarakat yang telah genap umur bersara. Program ini dihadiri oleh kesemua Pengerusi-pengerusi, Pemaju Masyarakat dan Pembantu-pembantu Tabika kemas dalam Dun Kubang Rotan.

Ucapan oleh YBhg. En. Harris Fadzilah Hussain
Ucapan akhir yang diraikan

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Shukri bin Ahmad, Penyelia Perhubungan merangkap Penyelia Kawasan Dun Pengkalan Kundur manakala En Sobri mewakili Pengerusi-pengerusi didalam Dun Kubang Rotan dan acara seterusnya ucapan oleh YBhg. En. Haris Fadzilah bin Hussain Penyelia Kanan Kemas, Parlimen Kuala Kedah.

En. Pissal Abu Pengerusi Tabika Tongkang Yard
Pemaju Masyarakat
Hadiah khas Jasa Mu di Kenang

Selepas majlis penyampaian cederahati kepada salah seorang Pemaju Masyarakat disusuli dengan ucapan akhirnya selepas itu diteruskan dengan jamuan makan malam, menu yang disediakan Nasi Goreng, Steam Boat dan Buah-buahan termasok air serbat dan minuman panas.

Meja VIP
Pemaju Masyarakat Tongkang Yard salah seorang
penerima cabutan bertuah

Acara yang paling manarik ialah cabutan nombor bertuah sebanyak 70 hadiah telah disediakan untuk seramai 102 orang yang hadir pada malam tersebut dan majlis penyampaian cederamata kepada YBhg. En.Harris Fadzilah bin Hussain oleh En. Mohd. Mizan bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Malam Pautan Kasih, Jasa Mu diKenang Tabika Kemas Dun Kubang Rotan. Majlis berakhir tepat jam 12.00 malam.

Penyerahan Cederahati
Bergambar Beramai-ramai 

Friday, October 19, 2012

Kg. Besar 500, Surabaya

Di Celah-celah bangunan tinggi dalam keadaan kesibukan Bandara Junanda saya melawat Kampong Besar 500 yang terletak di Jalan Thompson kedudukannya dalam bandar tidak jauh dari hotel penginapan saya, Penduduk disini 97 % beragama Islam.

Kg. Besar 500
Jalan Luar Kg. Besar 500

Size rumah-rumah disini tidak besar ianya mempunyai seramai 650 keluarga serta 10 buah surau didalam perkampungan tersebut. jarak antara satu laluan hanya boleh digunakan motorsikal sahaja. Aktiviti penduduk disitu kebanyakan berniaga dan jika ada apa-apa  program sama ada kenduri perkahwinan atau program agama kesemuanya diadakan di surau kerana kawasanya luas.

Salah 1 laluan Kg. Besar 500
Salah 1 Surau

Aktiviti perniagaan boleh dikatakan selang beberapa rumah sahaja ianya mempunyai perniagaan sendiri dihadapan rumah mereka sesetengah ada kedai internet walau pun rumah tidak sebesar mana. Disepanjang Jalan Thompson kiri kanan diwaktu malam mulai disebelah petang ramai penduduk disitu keluar berniaga setiap hari sehingga ke jam 3.00 pagi.


Pelbagai jenis jualan

Para pelancong dan orang tempatan banyak yang datang kesini untuk membeli belah kerana harganya jauh lebih murah dari harga-harga yang ada di jual dikedai-kedai sekitar Bandara tersebut. Apa pun harga permulaan tinggi tapi kita kena pandai menawarnya la.