Tuesday, October 30, 2012

Mesyuarat Pembiayaan dan Perjawatan

Mesyuarat Pembiayaan dan Kredit bersama mesyuarat Perjawatan, Kompetensi dan Tatatertib telah diadakan di hari yang sama pada 30/10/2012 hari Selasa jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin Mohammad tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih Muda sedang menpengerusikan mesyuarat
Penolong Setiausaha sedang mencatit

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mempengerusikan kedua-dua mesyuarat dengan didahului oleh mesyuarat pembiayaan dan kredit yang telah meluluskan sebanyak 2 juta diatas pelbagai jenis pinjaman termasok pinjaman barangan electrik, meyuarat berakhir jam 2.30 petang.

Sebahagian J/kuasa kecil yang hadir
Mesyuarat Perjawatan, Kompentasi dan Tatatertib

Selepas solat dan makan tengahari bersama warga kerja di tingkat 3 jam 3.30 petang disambung dengan mesyuarat Perjawatan, Kompentasi dan Tatatertib. Mesyuarat tersebut membincang kenaikan gaji warga kerja seramai 23 orang sebanyak 13% dan gaji disusun semula mengikut skim gaji SSM sama taraf dengan kakitangan Kerajaan. Setelah berbincang dan mengambil kira kemampuan kewangaan akhinya mesyuarat bersetuju skim gaji ini berkuatkuasa mulai Jan 2012.

Makan Tengahari
Sebahagian Wargakerja sedang menjamu selera

No comments:

Post a Comment