Tuesday, October 23, 2012

Majlis Bandaraya Ipoh

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan kempen menambah keanggotaan selama 3 hari mulai 23-25/10/2012 di Bahagian Bengkel dan Pejabat Penguasa Perkhidmatan Bandaraya di Majlis Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Pejabat Penguasa Perkhidmatan Bandaraya
En. Pissal Abu sedang memberi Penerangan

Kempen diperingkat permulaan didapati ada sambutan dan lebih dari 10 orang telah mengisi borang menjadi ahli koperasi setelah beberapa taklimat diberikan, Ramai pekerja-pekerja di Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menjadi ahli koperasi di peringkat Jabatan sendiri jadi ada pekerja-pekerja yang masih ragu-ragu adakah mereka boleh menjadi ahli koperasi lebih dari satu.

Pekerja-Pekerja MBI sedang melihat barangan Electrik
Pekerja sedang mengisi borang

Turut bersama dalam kempen tersebut Syarikat KVK Multimedia yang dilantik oleh Koperasi sebagai agen membekal serta menjual alatan electrik dan Handfhone kepada Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diseluroh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khusus untuk ahli-ahli sahaja.

En. Pissal Abu sedang menyerahkan TV kepada ahli
Penyerahan Lattop dan Handfhone

No comments:

Post a Comment