Thursday, November 1, 2012

Pertandingan Karaoke Terbuka

KTCL Cafe & Karaoke semalam 31/10/2012 telah mengadakan pertandingan lagu-lagu karaoke terbuka bertempat di KTCL Cafe & Karaoke Hujung Kuala Tunjang, KM 14 Jalan Putra (Jerlun) Alor setar, Kedah.


Pertandingan ini di adakan hanya peringkat suka-suka untuk menguji sejauh mana kebolehan peserta-peserta yang mengambil bahagian setelah sekian lama setiap malam (Pelanggan tetap) datang berlatih. Dua orang pengadil dari luar kawasan tersebut dijemput menjadi pengadil.

Pengadil dan Barangan Hadiah
Sebahagian dari peserta dan penonton
Sebahagian dari paserta dan penonton

Hadiah merupakan barangan electrik dari tempat pertama hingga ke sepuloh, 2 hadiah khas bagi ketegori persembahan terbaik lelaki dan wanita dan 2 hadiah khas bagi ketegori pakaian tercantik lalaki dan wanita dan hadiah setiap peserta yang menyertainya sehelai kain shut setiap seorang disediakan.

Peserta Wanita
Peserta Lelaki
Peserta yang mengambil bahagian

Acara penyampaian hadiah di kesemua ketegori dilakukan oleh En. Pissal bin Abu selaku penganjur pertandingan malam tersebut. Pertandingan ini mendapat sambutan yang baik sehingga banyak yang datang lewat tidak dapat tempat duduk terpaksa berdiri diluar kedai dari awal hingga keputusan diumumkan.

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua
Pemenang KeTiga
Hadiah setiap peserta kain shut
Penyampaian Hadiah

Rata-rata selepas keputusan diumumkan semua peserta berpuas hati kerana itu keputusan pengadil dan DJ telah memaklumkan lebih awal sebelum bermulanya pertandingan keputusan pengadil adalah muktamat. Seramai 30 orang peserta terdiri lalaki dan wanita telah mengambil bahagian dan pelbagai gaya persembahan ditunjukan. Pertandingan yang bermula jam 10.00 malam berakhir jam 2.00 pagi.

Peserta tempat pertama hingga ke Lima

No comments:

Post a Comment