Monday, October 22, 2012

Malam Pautan Kasih

Kemas Dun Kubang Rotan telah berjaya mengadakan Malam Pautan Kasih dan Jasa Mu di Kenang pada 21/10/2012 hari Ahad jam 8.00 malam bertempat di Dewan Utama, Menara, Alor Setar, Kedah.


Pengacara Majlis

Program ini diadakan sebagai mengenangkan Jasa Pengerusi-Pengerusi Tabika dan juga meraikan persaraan salah seorang Pemaju Masyarakat yang telah genap umur bersara. Program ini dihadiri oleh kesemua Pengerusi-pengerusi, Pemaju Masyarakat dan Pembantu-pembantu Tabika kemas dalam Dun Kubang Rotan.

Ucapan oleh YBhg. En. Harris Fadzilah Hussain
Ucapan akhir yang diraikan

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Shukri bin Ahmad, Penyelia Perhubungan merangkap Penyelia Kawasan Dun Pengkalan Kundur manakala En Sobri mewakili Pengerusi-pengerusi didalam Dun Kubang Rotan dan acara seterusnya ucapan oleh YBhg. En. Haris Fadzilah bin Hussain Penyelia Kanan Kemas, Parlimen Kuala Kedah.

En. Pissal Abu Pengerusi Tabika Tongkang Yard
Pemaju Masyarakat
Hadiah khas Jasa Mu di Kenang

Selepas majlis penyampaian cederahati kepada salah seorang Pemaju Masyarakat disusuli dengan ucapan akhirnya selepas itu diteruskan dengan jamuan makan malam, menu yang disediakan Nasi Goreng, Steam Boat dan Buah-buahan termasok air serbat dan minuman panas.

Meja VIP
Pemaju Masyarakat Tongkang Yard salah seorang
penerima cabutan bertuah

Acara yang paling manarik ialah cabutan nombor bertuah sebanyak 70 hadiah telah disediakan untuk seramai 102 orang yang hadir pada malam tersebut dan majlis penyampaian cederamata kepada YBhg. En.Harris Fadzilah bin Hussain oleh En. Mohd. Mizan bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Malam Pautan Kasih, Jasa Mu diKenang Tabika Kemas Dun Kubang Rotan. Majlis berakhir tepat jam 12.00 malam.

Penyerahan Cederahati
Bergambar Beramai-ramai 

No comments:

Post a Comment