Friday, December 16, 2011

Suasana Malam di Hotel Brasmana

Disebelah petang saya bersama keluarga berkunjung di Hotel Putra Brasmana untuk berjumpa dengan En. Azih Muda Timbalan Presiden Coepacs bersama keluarganya pada 15/12/2011 jam 7.20 petang.


Sampainya kami disana sebelum berjumpa dengan En. Azih Muda ramailah kawan-kawan dari Cuepacs ada di bawah maka saya sempat berbual-bual dengan mereka, saya serta keluarga dipelawa ke dewan makan untuk makan malam.
En. Aziz Muda datang bersama keluarganya ke dewan makan untuk makan malam bersama-sama kami berjumpa dan duduk semeja, selepas makan malam kami duduk berehat diluar hotel diatas padang berhadapan padang.


Setelah berbual kami membawa keluarga masing-masing berjalan dan bersiar-siar disekitar pasar malam untuk melihat barang-barang yang dijual, Anak-anak baru saja selasai menaiki kereta kuda yang ada disitu.  



Jam 11.00 malam setelah kami selesai makan dan minum dikedai yang terletak di tepi laut kami mula beredar dan balik ke Alor Setar.



Keesokanya 16/12/2011 En. Azih Muda setelah selesai bermesyuarat mereka berkeluarga datang ke rumah saya untuk makan tengahari diatas jemputan saya selesai makan mereka dibawa melawat  ke Pusat Sains dan Muzium Padi. Manakala saya menemani En. Azih Muda ke Kuala Perlis kerana beliau merasmikan mesyuarat agong kesatuan UITM semenanjung Malaysia di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.


Malam tersebut En. Azih Muda dengan keluarganya bermalam di Hotel Seri Malaysia yang terletak di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah.

Hotel Seri Malaysia


Thursday, December 15, 2011

Mesyuarat Cuepacs di Perlis

Cuepacs telah mengadakan mesyuarat exco tergempar pada 14/12/2011 selama 3 hari bertempat di Putra Brasmana, Hotel Kuala Perlis.


Semua kesatuan gabungan hadir dimesyuarat tersebut, mesyuarat pada kali ini agak panas dibincangkan mengenai SBPA yang diperkenalkan oleh JPA bagi mengantikan SSB. Cuepacs telah membuat keputusan sebulat suara setelah dibincangkan dengan panjang labar bahawa Cuepacs menolak SBPA kerana pihak JPA tiada memberi penjelasan dan masa yang secukupnya kepada kakitangan.

En. Azih Muda Timbalan Presiden Cuepacs

Mesyuarat juga memutuskan diadakan perjumpaan segera dengan YAB. Perdana Menteri bagi membincang perkara ini. Cuepacs juga menasihati semua kakitangan kerajaan supaya jangan menandatangani apa-apa jua borang kerana perkara ini belum lagi dibincangkan.


Sunday, December 11, 2011

Program 3R dan Pertandingan Karaoke

environment IDAMAN Sdn Bhd bersama dengan NC D BANANA telah menganjurkan Program 3R dan Pertandingan Lagu-lagu Dangdut bersama-sama dengan Masyarakat Siam pada 9-10/12/2011 hari jumaat dan Sabtu jam 9 malam bertempat NC D BANANA, Kubang 3, Cuping, Perlis.



Taklimat 3R disampaikan oleh En. Pissal Abu selaku Officer Corporate Communication Department sebelum mulanya pertandingan lagu-lagu dangdut.  Sambutan dari peserta cukup mengalakan seramai 30 orang peserta mengesahkan menyertinya dan untuk malam pertama sahaja menyaksikan seramai 20 orang telah mengambil bahagian manakala hari terakhir pada 10/12/2011 seramai 10 orang. 


Malam kedua sebaik sahaja selesai petandingan lagu-lagu dangdut disambung pula dengan tarian joget, sebanyak 5 pasangan telah menyertainya. Hadiah-hadiah yang ditawarkan Tempat Pertama RM. 200.00, Ke Dua RM 150.00, Ke Tiga 100.00, Ke Empat RM 80.00, Ke Lima RM 50.00 manakala tempat ke enam hingga ke sepuloh masing-masing menerima RM 20.00 setiap seorang.


Semua hadiah-hadiah pertandingan dan cabutan bertuah disampaikan oleh En. Pissal bin Abu sebaik sahaja selesai adanya pertandingan menari lagu-lagu joget secara spontan untuk berpasangan (Suami Isteri). Pengunjung tidak berganjak dari tempat duduk dari mula hingga ke akhir kerana menunggu hadiah istimewa cabutan bertuah yang disediakan sebanyak 80 hadiah, dan yang paling istimewa iaiatu MISIN BASUH BAJU.



Tepat jam 1.30 pagi setelah acara sudah selesai maka mulalah diumumkan nama pemenang-pemenang dari saguhati kepada tempat pertama, semua peserta yang menyertai mendapat hadiah walau pun yang kalah.


Gambar Pertandingan

Saturday, December 10, 2011

Bubur Ashura

Rukun Tetangga Taman Utama mengadakan program gotong royong memasak bubur ashura pada 10//12/2011 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Rukun Tetangga, Taman Utama, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah.


Jawatankuasa serta penduduk taman tersebut lalaki dan wanita dari seawal jam 8.00 pagi telah berkumpul dan memotong ubi, pisang, jagong dan lain-lain lagi untuk dimasak, suasana pagi tersebut cukup mesra. Kerja memasak dibahagi dua satu kumpulan menyediakan bahan-bahan ashura manakala satu kumpulan lagi menyediakan masakan makan tengahari pendek kata cukup meriah.



Majlis berakhir jam 3.00 petang setelah selesai semuanya ashura dimasukan ke dalam bekas plastik yang telah siap disediakan untuk dihantar kepada penduduk-penduduk taman tersebut.


Video Ashura

Raptai Mengebar Bendera

Kali yang ke 2 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Malaysia Ke 14, Hari ini 10/12/2011jam 6.00 pagi diadakan raptai beratur disepanjang jalan bagi mengibar bendera di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.


 
Jabatan Kerajaan, Swasta, Persatuan Belia, Pertubuhan Politik serta lain-lain Ngo dijemput hadir datang beramai-ramai bagi memberi hurmat serta mengibar bendera disepanjang jalan dari Istana Anak Bukit hingga ke Airport.

Raptai pada pagi ini berjalan dengan lancar walaupun setiap Jabatan, Swasta, Ngo dan lain-lain hanya menghantar wakil bagi tujuan berbaris disepanjang jalan, jam 7.30 pagi terlihat kereta peronda polis dan diikuti dengan motorsikal polis berjalan keluar perlahan-lahan dari Istana Anak Bukit untuk menuju ke Airport, jalan raya dari trafik light Pantai Johor hingga ke trafik light Aiport ditutup untuk memudahkan raptai berjalan dengan lancar.



Selepas kenderaan tersebut pergi agak jauh kedengaran arahan melalui pembesar suara memaklumkan semua yang hadir raptai pagi ini ke jamuan yang disediakan diAirport. Raptai perarakan berakhir jam 9.30 pagi sebaik sahaja pembarisan hurmat selesai.
Mengambil Bendera di Wisma

Friday, December 9, 2011

Gotong Royong JKKKP dengan Envi

Memandang jalan keluar masuk ke dalam kampong seberang pumpong tidak dalam keadaan selesa setiap kali berlaku hujan tempat tapak tersebut akan menjadi lechah apabila hujan turun kerana disudut hujung jalan terletak sebuah tong sampah besar (roro) oleh MBAS sejak lama dahulu bagi kemudahan orang-orang kampong tersebut membuang sampah.



Diatas kesedaran itu JKKKP Seberang Pumpong diketuai oleh Tuan Hj. Raffie menganjurkan gotong royong bersama environment IDAMAN Sdn Bhd membina tapak simen tung sampah sebagai kemudahan kepada mesyarakat kampong, untuk tujuan itu JKKKP telah memperuntukan simen bancuh dan batu-batu kecil manakala environment IDAMAN Sdn Bhd turut membantu menyediaka JCB dan besi untuk memperkukuhkan lantai simen yang baru nak dibina.


Kerja-kerja gotong royong diadakan pada 9 Disember 2011 yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 2.30 petang mendapat kerjasama dari penduduk kempong.

Selesai
VideoGotong Royong

Sunday, December 4, 2011

3R Wisma Darul Aman

Kutipan 3R di Wisma Darul Aman diadakan 2 kali sebulan minggu pertama bagi Bulan Desimber diadakan pada 04/12/2011 hari Ahad dari jam 9.00 pagi hingg 12.00 tengahari di hadapan GYM Wisma Darul Aman, Pumpong, Alor Setar, Kedah.


Seperti biasa setelah kaunter dibuka bahagian cleaner mendahului jabatan-jabatan yang lain membawa turun barang-barang kitar semula, bagi jabatan hanya bahagian perumahan sahaja yang menyertainya.



Video Kitar Semula

Program bersama Kerajaan Tempatan, PPSPPA dan environment IDAMAN Sdn Bhd berjalan dengan lancar sejak dimulakan pada tahun lepas, Dua orang pegawai PPSPPA En. Khairu Azmi dan En. Mohd. Asrul Azmi kedua-duanya Pegawai Jutera dari PPSPPA Alor Setar manakala En. Pissal Abu bersama 3 orang pembantunya mewakili environment IDAMAN Sdn Bhd.  


Gambar Kitar Semula