Thursday, December 15, 2011

Mesyuarat Cuepacs di Perlis

Cuepacs telah mengadakan mesyuarat exco tergempar pada 14/12/2011 selama 3 hari bertempat di Putra Brasmana, Hotel Kuala Perlis.


Semua kesatuan gabungan hadir dimesyuarat tersebut, mesyuarat pada kali ini agak panas dibincangkan mengenai SBPA yang diperkenalkan oleh JPA bagi mengantikan SSB. Cuepacs telah membuat keputusan sebulat suara setelah dibincangkan dengan panjang labar bahawa Cuepacs menolak SBPA kerana pihak JPA tiada memberi penjelasan dan masa yang secukupnya kepada kakitangan.

En. Azih Muda Timbalan Presiden Cuepacs

Mesyuarat juga memutuskan diadakan perjumpaan segera dengan YAB. Perdana Menteri bagi membincang perkara ini. Cuepacs juga menasihati semua kakitangan kerajaan supaya jangan menandatangani apa-apa jua borang kerana perkara ini belum lagi dibincangkan.


No comments:

Post a Comment