Saturday, December 10, 2011

Raptai Mengebar Bendera

Kali yang ke 2 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Malaysia Ke 14, Hari ini 10/12/2011jam 6.00 pagi diadakan raptai beratur disepanjang jalan bagi mengibar bendera di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.


 
Jabatan Kerajaan, Swasta, Persatuan Belia, Pertubuhan Politik serta lain-lain Ngo dijemput hadir datang beramai-ramai bagi memberi hurmat serta mengibar bendera disepanjang jalan dari Istana Anak Bukit hingga ke Airport.

Raptai pada pagi ini berjalan dengan lancar walaupun setiap Jabatan, Swasta, Ngo dan lain-lain hanya menghantar wakil bagi tujuan berbaris disepanjang jalan, jam 7.30 pagi terlihat kereta peronda polis dan diikuti dengan motorsikal polis berjalan keluar perlahan-lahan dari Istana Anak Bukit untuk menuju ke Airport, jalan raya dari trafik light Pantai Johor hingga ke trafik light Aiport ditutup untuk memudahkan raptai berjalan dengan lancar.



Selepas kenderaan tersebut pergi agak jauh kedengaran arahan melalui pembesar suara memaklumkan semua yang hadir raptai pagi ini ke jamuan yang disediakan diAirport. Raptai perarakan berakhir jam 9.30 pagi sebaik sahaja pembarisan hurmat selesai.
Mengambil Bendera di Wisma

No comments:

Post a Comment