Sunday, December 11, 2011

Program 3R dan Pertandingan Karaoke

environment IDAMAN Sdn Bhd bersama dengan NC D BANANA telah menganjurkan Program 3R dan Pertandingan Lagu-lagu Dangdut bersama-sama dengan Masyarakat Siam pada 9-10/12/2011 hari jumaat dan Sabtu jam 9 malam bertempat NC D BANANA, Kubang 3, Cuping, Perlis.



Taklimat 3R disampaikan oleh En. Pissal Abu selaku Officer Corporate Communication Department sebelum mulanya pertandingan lagu-lagu dangdut.  Sambutan dari peserta cukup mengalakan seramai 30 orang peserta mengesahkan menyertinya dan untuk malam pertama sahaja menyaksikan seramai 20 orang telah mengambil bahagian manakala hari terakhir pada 10/12/2011 seramai 10 orang. 


Malam kedua sebaik sahaja selesai petandingan lagu-lagu dangdut disambung pula dengan tarian joget, sebanyak 5 pasangan telah menyertainya. Hadiah-hadiah yang ditawarkan Tempat Pertama RM. 200.00, Ke Dua RM 150.00, Ke Tiga 100.00, Ke Empat RM 80.00, Ke Lima RM 50.00 manakala tempat ke enam hingga ke sepuloh masing-masing menerima RM 20.00 setiap seorang.


Semua hadiah-hadiah pertandingan dan cabutan bertuah disampaikan oleh En. Pissal bin Abu sebaik sahaja selesai adanya pertandingan menari lagu-lagu joget secara spontan untuk berpasangan (Suami Isteri). Pengunjung tidak berganjak dari tempat duduk dari mula hingga ke akhir kerana menunggu hadiah istimewa cabutan bertuah yang disediakan sebanyak 80 hadiah, dan yang paling istimewa iaiatu MISIN BASUH BAJU.



Tepat jam 1.30 pagi setelah acara sudah selesai maka mulalah diumumkan nama pemenang-pemenang dari saguhati kepada tempat pertama, semua peserta yang menyertai mendapat hadiah walau pun yang kalah.


Gambar Pertandingan

No comments:

Post a Comment