Friday, December 16, 2011

Suasana Malam di Hotel Brasmana

Disebelah petang saya bersama keluarga berkunjung di Hotel Putra Brasmana untuk berjumpa dengan En. Azih Muda Timbalan Presiden Coepacs bersama keluarganya pada 15/12/2011 jam 7.20 petang.


Sampainya kami disana sebelum berjumpa dengan En. Azih Muda ramailah kawan-kawan dari Cuepacs ada di bawah maka saya sempat berbual-bual dengan mereka, saya serta keluarga dipelawa ke dewan makan untuk makan malam.
En. Aziz Muda datang bersama keluarganya ke dewan makan untuk makan malam bersama-sama kami berjumpa dan duduk semeja, selepas makan malam kami duduk berehat diluar hotel diatas padang berhadapan padang.


Setelah berbual kami membawa keluarga masing-masing berjalan dan bersiar-siar disekitar pasar malam untuk melihat barang-barang yang dijual, Anak-anak baru saja selasai menaiki kereta kuda yang ada disitu.  



Jam 11.00 malam setelah kami selesai makan dan minum dikedai yang terletak di tepi laut kami mula beredar dan balik ke Alor Setar.



Keesokanya 16/12/2011 En. Azih Muda setelah selesai bermesyuarat mereka berkeluarga datang ke rumah saya untuk makan tengahari diatas jemputan saya selesai makan mereka dibawa melawat  ke Pusat Sains dan Muzium Padi. Manakala saya menemani En. Azih Muda ke Kuala Perlis kerana beliau merasmikan mesyuarat agong kesatuan UITM semenanjung Malaysia di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.


Malam tersebut En. Azih Muda dengan keluarganya bermalam di Hotel Seri Malaysia yang terletak di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah.

Hotel Seri Malaysia


No comments:

Post a Comment