Thursday, June 14, 2012

Mesyuarat Pinjaman

Mesyuarat Jawatankuasa Pinjaman telah diadakan pada 14 Jun 2012 hari Khamis jam 2.30 petang bertempat di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad KM 12 Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Pejabat Koperasi

Mesyuarat hari ini telah meluluskan sebanyak 1.5 juta diatas 45 permohonan dalam tempoh 10 hari dari tarikh mesyuarat yang lalu di Langkawi.. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Pengerusi Koperasi
J/Kuasa Pinjaman
Suasana Mesyuarat

Semua jawatankuasa hadir kecuali Bendahari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kerana mempunyai pengerusan di tempat sendiri. Mesyuarat ditamatkan pada jam 5.45 petang.

Monday, June 11, 2012

Medan Sumatera Utara

Bagi mempastikan perjalanan lancar ke Medan saya terus ke Medan pada 11-13/06/2012 bagi mengatur perjalanan di sana selama 4 hari 3 malam yang dijadualkan pada 4-7/07/2012 oleh ALK dan Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Polonia Airport Medan

Seramai 20 orang terdiri ALK dan Warga kerja Koperasi akan menyertai program ini yang mana ditaja sepenuh oleh salah seorang ALK Tuan Haji Ibrahim. Selama 4 hari 3 malam disana selain berehat rombongan juga akan dibawa ke Brastagi untuk membeli belah dan sebagainya.

Airport

Sebaik sahaja saya sampai di Polonia Airport saya disambut oleh seorang kawan urusniaga (Pengurus Kulit Kayu Manis) dan beliau menjemput saya dan terus ke Rumah Makan dan terus checkin di Ibunda Hotel dimana tempat yang akan rombongan kami menginap nanti


Lobby

Seperti biasa selama 2 hari disana kawan saya membawa saya bersiar-siar di sekitar Bandar Medan susana amat meriah dan keadaan cuaca juga agak panas, yang bestnya suasana diwaktu malam banyak gerai-gerai makan disana termasok juga ada pasar malam berkonsep seperti di Malaysia.

Pasar Ikan Lama
Shoping Buah Salak


Monday, June 4, 2012

Tanah Tanjung Sembilang

Pengerusi bersama 8 orang ALK dan 4 orang Kakitangan termasok Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dengan diiringi oleh 3 orang anggota Koperasi KOSPETA Kawasan Langkawi mengadakan lawatan pada 3/6/2012 ke Tapak Tanah Tanjung Sembilang, Mukim Kedawang, Langkawi.

En. Azih sedang diberi taklimat
ALK bersama dalam taklimat

Lawatan ini sebagai langkah turun ke Padang untuk melihat sendiri Tapak Tanah Tanjung Sembilang yang bakal dibeli oleh Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Lot 2524 seluas 2.941 Hektar, Mukim Kedawang, Langkawi.


ALK berjalan masuk ke Lokasi Tanah


Apa pun jom kita bincang di kedai kopi

Pembelian Tanah ini adalah tepat sebagai langkah Koperasi menambah aset dalam bentuk hartanah dan ia juga menyahut seruan kerajaan supaya Koperasi turut serta merebut peluang serta membuat pelaburan di Langkawi.

Projek bersebelahan

Bersambung lagi....

Sunday, June 3, 2012

Perasmian Pejabat Baru

Perasmian Pejabat ANULAE Cawangan Langkawi dan Pejabat Koperasi KOSPETA Kawasan yang telah dinaik taraf sebagai Cawangan telah dirasmikan oleh En. Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia pada 03 Jun 2012 jam 12.00 tengahari bertempat Bangunan Majlis Perbandaran Langkawi.


Pejabat Baru ANULAE & KOSPETA


Seramai 100 orang Kakitangan dan Pekerja yang hadir dan turut hadir besama dimajis perasmian En. Adnan bin Mat Timbalan Presiden merangkap Timbalan Setiausaha Cuepacs dan Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi, En. Ramli bin Kalil, Setiausaha Agung ANULAE dan Bebdahari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad serta ALK Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

  
Presiden sedang memberi ucapan
Sebahagian yang hadir

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan direruskan ucapan aluan oleh tuan rumah En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak Satiausaha Anulae Cawangan merangkap Bendahari Agung ANULAE Semenanjung Malaysia dan diteruskan dengan ucapan serta penerangan Isu semasa oleh En. Azih bin Muda.


Mesyuarat Persiapan Tempat
Pengerusi kawasan sedang memberi penerangan

Selepas ucapan dan perasmian cawangan Saudara Presiden turun ke bawah menuju kesebuah bangunan yang berhampiran untuk merasmikan Pejabat ANULAE Cawangan dan Koperasi KOSPETA Kawasan.  Pejabat ini telah diberikan secara percuma dan tiada sewa bulanan oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Langkawi kepada Kesatuan untuk dijadikan Pejabat bagi menjalankan aktiviti Kesatuan.


En. Azih Muda sedang memotong ribbon
Presiden bersama Setiausaha Agung ANULAE

Setelah selesai  memotong ribbon pejabat Sdr. Presiden melawat dan melihat carta organasasi Kesatuan dan Koperasi serta gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan dan menanda tangani buku pelawat yang disediakan.

  
Presiden sedang menandatangani buku pelawat
Perasmian Dewan
Setiausaha Agung turut menandatangani buku

Sebelum kebilik jamuan makan tengahari pihak urusetia telah mengadakan sessi bergambar beramai-ramai bersama Presiden Kesatuan.


Bergambar beramai-ramai dihadapan Pejabat MPL
Perasmian Pejabat
Bilik jamuan

Sunday, May 27, 2012

Rembau, Negeri Sembilan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mempunyai banyak Hartanah selain dari Pejabat Pentadbiran sendiri di KM 12 Pusat Bandar Utara juga mempunyai beberapa Apartment, Rumah Kedai di Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dan memiliki 2 bidang Tanah salah satu 23 Lot Tanah di Mukim Kuala Nerus, Kuala Trengganu seluas 14,204 meter persegi dan Lot No. 2714 Mukim Kundor Daerah Rembau, Negeri Sembilan keluasan 12.42 hektar.

Simpang ke Rembau

Hari ini 27-05-2012 jam 9.00 pagi saya bersama En. Khairul Anuar bin Hj. Abdullah Pengurus Koperasi dan En. Pathumalai a/l Rajoo Juruadit Dalaman menaiki Van Koperasi menuju ke Rembau, Negeri Sembilan untuk meninjau dan melihat tapak tanah tersebut hak milik Koperasi.

Pintu masuk kawasan tanah

Tujuan kami kesana bagi melihat dan mempastikan adakah kawasan tersebut dicerobohi oleh orang-orang yang tidak bertangung jawab memandangkan kawasan tersebut banyak buah-buahan seperti Durian, Kelapa, Petai dan lain-lain lagi.

Kawasan tanah di penuhi pokok durian

Ketibaan kami disana sedia menunggu kami salah seorang pemaju perumahan Dato' Hj. Harun Hj. Hassan Excutive Chairman, Alam Bersih Group untuk turut mmeninjau keluasan tanah di situ dan seorang lagi E. Mohd. Janurudin bin Talib Land Consultant juga turut meninjau kawasan tersebut.

Berehat setelah meninjau tapak

Semasa kami semua berada disana setelah meninjau setengah kawasan tersebut kami semua sempat mengutip buah durian dan ternyata sudah seperti laporan yang kami terima memaklumkan tanah milik Koperasi diceroboh, ini diakui sendiri tuan punya kedai makan yang berada sebelah pintu masuk kawasan tersebut.

Bawa naik durian ke dalam Van

Bersambung lagi....

Saturday, May 26, 2012

Persdangan ANGKASA Ke 28

Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Ke 28 telah diadakan selama sehari pada 26-05-2012 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Ab Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan.

Arah tunjuk bilik mesyuarat

Seramai 1.500 orang perwakilan mewakili Koperasi masing-masing menghadiri Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke 28, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang mempunyai keaggotaan seramai  10,794 orang mendapat 2 wakil dan  telah diwakili oleh En. Azih bin Muda selaku Pengerusi dan En. Pissal bin Abu AJK.

Nyanyian Lagu Negaru Ku

Pendaftaran telah bermula awal jam 8.00 pagi dikendalikan oleh seramai 202 Kakitangan ANGKASA dan sebanyak 20 kaunter dibuka untuk kemudahan para perwakilan membuat pendaftaran. Sebaik sahaja peserta mendaftar pihak urusetia memberi Beg 1 unit beserta sehelai baju batik kepada setiap perwakilan.

Mendaftar sebagai wakil

Mesyuarat berjalan dengan lancar walau ada segelintir perasaan tidak puas hati yang dibangkitkan di kalangan perwakilan mengenai status bercakap semasa persidangan. Pihak urusetia telah menetapkan hanya wakil-wakil negeri sahaja yang dijemput bercakap. Perkara ini yang menjadikan rasa tidak puas hati dikalangan perwakilan.


Mesyuarat kali ini menyaksikan pertandingan Naib Presiden seramai 3 orang calon, peruntukan jawatan hanya 2 kerusi, Setelah membuat pemilihan penyandang kerusi Naib Presiden Hajah Armi bte Hj. Zainuddin tewas kepada Tuan Hj. Kamaruddin bin Hj. Ismail dengan mendapat undi tertinggi sebanyak 1221 undi manakala Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan salah seorang penyandang Naib Presiden memenangi jawatan ini dengan mendapat jumlah undi sebanyak 1146 undi.

YB. Dato' Sri Ismail Sabri sedang berucap

Mesyuarat juga telah meluluskan dengan sebulat suara tanpa bahas diatas usul yang dibawa oleh wakil dari Negeri Johor Meminta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menarik balik surat pekeliling mengenai jumlah HAD ALK yang bersara seebagai ALK.

En. Azih Muda sedang mengundi
Penyerahan kertas undi sulit

Mesyuarat ditanggukan dan berakhir pada jam 5.30 petang

Bersambung lagi...

Friday, May 25, 2012

Tosai, Chemor

Selepas selesai kerja-kerja memproses ikan dan ikan-ikan tersebut kesemuanya sebanyak 3 tong dengan beratnya hanya 250 kg dan 750 kg akan disediakan pada 27 dan 28/05/2012, kesemuanya dibawa naik ke atas lori oleh pekerja-pekerja Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan dibawa terus ke Kuala Lumpur.

Restoran Samy 2 pintu atas dan bawah

Saya meneruskan perjalanan saya ke Kuala Lumpur dengan 2 buah kereta, dalam perjalanan kami singgah di Samy Restoran yang terkenal dengan Tosai, Roti Canai dan Nasi daun pisang yang terletak dalam Pekan Chemor, Restoranya amat bersih dan besar dikunjungi oleh orang ramai.


Dapur masak

Apa yang paling menarik selain dari roti canai iaitu tosainya yang bermacam jenis dari biasa ke special dan sebagainya harganya berpatutan yang seronoknya berbagai jenis kuah selain Dal ada Kari Kambing, Ayam, Ketam dan Ikan yang sedapnya inti nyior perasa daun pedina.

Tosai Daun Pisang

Pengunjung dikedai tersebut pelbagai bangsa termasok Melayu, cina dan India seolah-olah mereka sahaja yang monopoli di pekan tersebut tidak hairanlah jika dilihat  bertapa besarrrya restoran tersebut.

Kopi Kashmir