Tuesday, October 14, 2014

Lawatan ke Labuan

Selepas saya balik dari melawat Bandar Ho Chi Minh pada 28-30/09/2014 hari ini 12/10/2014 saya melawat ke Labuan buat kali ke dua setelah saya buat Lawatan yang pertama pada Bulan August 2014.




Labuan

Kali pertama saya datang saya menginap di Hotel Pulau Labuan 1, tapi kali ini saya menginap di Hotel Pulau Labuan 2 yang tidak jauh diantara kedua-dua hotel dengan kadar harga bilik satu malam Rm 148.00.

Bilik Hotel
Sarapan Pagi

Biliknya cantik ada pelbagai kemudahan di bilik bersekali breakfast termasok wifi untuk pelanggan-pelangan di situ. Bilik-bilik ini sentiasa penuh oleh Pekerja-pekerja Pelantar Minyak, saya bernasib baik kerana boking terlebih awal sebelum saya ke sana.


Makan Malam

Kali ini saya berpeluang menaiki bot injin kuasa besar turut bersama mengambil dan menghantar Pekerja-pekerja Pelantar Minyak dari satu kapal ke satu kapal. Mereka-mereka ini membeli belah yang banyak untuk di bawa balik ke Kapal.





Menaiki Bot

Friday, October 10, 2014

Lawatan dari Koop Spa

Naib Pengerusi Koperasi SPA dari Kuala Terngganu Puan Zaliha bte Abu Bakar telah datang melawat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 10/10/2014 Jumaat di Ibu Pejabat di No. 10, Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, 68100 Batu Cave, Kuala Lumpur.

Pejabat Koperasi KOSPETA Kuala Lumpur
Puan Zaliha berehat di Bilik Pegawai

Kedatangan beliau di sambut oleh En. Pissal bin Abu Setiausaha dan Pengurus serta Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Tingkat 2, Bilik Mesyuarat Zainal Abidin pada jam 11.oo pagi.

En. Pissal Abu Setiausaha sedang memberi Taklimat

Majlis dimulakan dengan persembahan video selama 20 minit, selepas itu sdr. Setiausaha mengalu-alukan kedatangan Puan Zaliha seterusnya menjemput Puan Zaliha memberi taklimat sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh Koperasi beliau.

Penyampaian Cederamata

Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari dan beliau dibawa ke restoran yang berdekatan untuk jamuan makan tengahari.

Melawat Kaunter

Thursday, October 9, 2014

Tahniah Datuk Azih bin Muda

Surat dari Kerajaan Negeri Melaka Perkara PENGURNIAN DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA SEMPENA HARI JADI KE 76 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI PERTUA NEGERI MELAKA TAHUN 2014. telah dihantar kepada penerima En. Azih bin Muda di alamat N0.4191 Kg. Padang Macang, Manir, 21200 Kuala Trengganu. Trnegganu.

(D.P.S.M)

Pengurnian Bintang yang di terima hari esok 10/10/2014 ialah DARJAH PENGKUAN SERI MELAKA (D.P.S.M) YANG MEMBAWA GELARAN DATUK, Pengurnian ini adalah sebagai penghargaan Tuan Yang Terutama Tun kepada En. Azih bin Muda sebagai Presiden Cuepacs terhadap perkhidmatan dan jasanya yang cemerlang kepada Negeri Melaka Khususnya dan Malaysia amnya.

Bergambar bersama Perdana Menteri, Malaysia


Saya mewakili seluroh Ahli Lembaga, Odit dan Warga Kerja Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dengan ini mengucap TAHNIAH kepada Datuk Azih bin Muda, Presiden Cuepacs merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Taklimat kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam

Memamtau Kerja JPJ

Sesunggunya inilah buat pertama kalinya Presiden ANULAE Semananjung Malaysia dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad juga dari PBT mendapat penganugerahan ini dalam masa menjalankan tugas memimpin ke dua dua organasai ini.

Barisan Kepimpinan Cuepacs
Bersama dgn Tim. Menteri
Melawat Kaunter

Wednesday, October 8, 2014

Presiden Cuepacs di HUKM

Ke sana ke sini memberi taklimat sama ada di Jabatan jabatan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri termasok Kerajaan Tempatan untuk mendapat maklumat terkini Isu-isu semasa menjelang Bajet 2015 yang akan dibentang kan Perdana Menteri Malaysia pada 10/10/2014 di Parlimen.



Hari ini 3/10/2014 En Azih bin Muda semasa beliau sedang memberi taklimat di salah satu perjumpaan dengan Pegawai Tadbir di Putra Jaya dengan permulaan nada yang kuat akhirnya nada yang kuat tadi perlahan lahan terkeluar kata-kata dari mulutnya sehinga ia tidak lagi mampu mengeluarkan suaranya untuk di dengari oleh sekelian yang hadir.





Akhirnya beliau terasa sakit ketika itu ramai yang sedang menyaksikan nya amat terharu lalu Pegawai-pegawai Cuepacs yang ada berdekatan cepat cepat memegang beliau sebelum beliau terjatuh, tanpa di lengahkan lagi beliau terus di bawa ke HUKM, sampai disana Doktor Pakar setelah membuat pemeriksaan didapati En. Azih Muda Presiden Cuepacs yang sebelum ini nampak cergas dan sihat rupa-rupanya sudah terkena SAKIT JANTUNG.






Inilah yang di namakan PERJUANGAN sebagai seorang Pemimpin Kesatuan Sekerja yang sentiasa bekerja keras dalam apa jua situasi termasok tertekan dalam berbagai Tekanan dan sebagainya serta memperjuangkan sesuatu untuk mencapai kemenangan dalam apa jua tuntuttan dari Gabungan Kesatuan Kesatuan Sekerja didalam Cuepacs kepada Kerajaan demi untuk ahli-ahlinya





Akhirnya beliau terlantar di HUKM mulai 3/10/2014 sehingga hari kelmarin 7/10/2014 saya melawatnya sehingga jam 9.00 malam sebelum bertolak balik ke Alor Setar. Alhamdulilah beliau kembali sembuh dan sedar pada 5/10/2014 setelah selesai menjalani satu pembedahan pada 3/10/2014 di hari yang sama beliau di masukan ke HUKM.




Marilah kita sama sama berdoa semoga beliau sembuh dan sihat serta dapat kembali menjalankan tugas beliau seperti biasa kerana Perjuangan dan Tuntuttanya belum lagi selesai. Amin....


Urusan yang x dapat dielakan

Tuesday, October 7, 2014

Perjumpaan dengan staff

Hari ini 7hb Oktober 2014 semua Kakitangan Perkhidmaan Awam di Jabatan Jabatan Kerajaan di seluroh Negara mula bekerja setelah bercuti selama 3 hari bagi Negeri yang bercutipada hari Ahad manakala bagi Negeri negeri bercuti pada hari Jumaat mereka bercuti selama 4 hari.

P
ejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini mula kembali membuka pejabatnya, ramai yang hadir dan sebahagian staff yang tidak hadir maklumlah ambil cuti tambahan berhari raya bersama keluarga.

Kain di susun atur setiap kerusi

Pagi ini Setiasuaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengadakan Morning Prayer kepada semua warga kerja yang hadir bagi memberi nasihat serta mendengan masaalah masaalah yang di bangkit oleh Ahli Lembaga serta anggota-anggota Koperasi dalam tempoh 2 bulan ini.

Setiausaha sedang memberi taklimat

Taklimat ringkas khususnya dalam Pentadbiran di sampaikan oleh En Khairul Anuar Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di bantu oleh Puan Fahizah Yakop Penolong Pengurus Koperasi.

Sessi membincang

Setelah Setiausaha menyampaikan maklumat maklumat yang terkini serta membincang isu-isu dan masaallah berbangkit dalam menambah pembaikan semua warga kerja di beri nasihat hendaklah memberi perhatian atas kerja dan tangung jawab yang di berikan.

Setiausaha menandatangani invoice

Diakhir perjumpaan itu Setiausaha bermurah hati memberi setiap warga kerja seramai 24 orang sehelai kain sutra yang di beli khas dari Ho Chi Minh.

Setiausaha membincang dgn Pe, Pengurus