Friday, October 10, 2014

Lawatan dari Koop Spa

Naib Pengerusi Koperasi SPA dari Kuala Terngganu Puan Zaliha bte Abu Bakar telah datang melawat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 10/10/2014 Jumaat di Ibu Pejabat di No. 10, Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, 68100 Batu Cave, Kuala Lumpur.

Pejabat Koperasi KOSPETA Kuala Lumpur
Puan Zaliha berehat di Bilik Pegawai

Kedatangan beliau di sambut oleh En. Pissal bin Abu Setiausaha dan Pengurus serta Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Tingkat 2, Bilik Mesyuarat Zainal Abidin pada jam 11.oo pagi.

En. Pissal Abu Setiausaha sedang memberi Taklimat

Majlis dimulakan dengan persembahan video selama 20 minit, selepas itu sdr. Setiausaha mengalu-alukan kedatangan Puan Zaliha seterusnya menjemput Puan Zaliha memberi taklimat sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh Koperasi beliau.

Penyampaian Cederamata

Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari dan beliau dibawa ke restoran yang berdekatan untuk jamuan makan tengahari.

Melawat Kaunter

No comments:

Post a Comment