Monday, November 28, 2011

Mesyuarat Lembaga Ke Empat

Mesyuarat Lembaga kali ke 4 telah diadakan pada 28/11/2011 hari Isnin jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 2, Bilik Mesyuarat Zainal Abidin, KM 12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.


Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dari 12 orang Lembaga hanya tidak hadir cuma 1 orang kerana kurang sihat.  Banyak perkara yang dibincangkan termasok akaun dan sebagainya.



Mesyuarat Lembaga yang akan datang pada 22-23/12/2011 di Kuala Trengganu bersekali dengan Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ANULAE Semenanjung Malaysia juga ditempat yang sama pada 23-24/12/2011. 

Jamuan Tengahari


Saturday, November 26, 2011

Hari Terakhir di Palembang

Hari ketiga 26//11/2011 selepas sarapan pagi kami pergi ke gedung batik yang terletak diseberang jalan tidak jauh dari Hotel Grand Duta.

Disebelah gedung batik ada sebuah Pasaraya Ramayaswana  kami masuk keduanya sekali untuk melihat dan mencari apa yang patut kami membeli dibawa balik ke Malaysia sebagai kenangan.


Selepas makan tengahari kami balik ke bilik hotel mengemas barang-barang dan terus check out, teksi untuk ke airport siap sedia menunggu kami di luar lobby beg-beg kami diangkat oleh pekerja hotel dimasukan kedalam teksi,


Apa yang mengkecewakan saya penerbangan asal jam 2.15 petang dari Palembang ke Kuala Lumpur telah ditunda disaat akhir 4 hari sebelum berleps kepada jam 17.20 waktu Indonesia ( 6.20 waktu Malaysia) kemudian pesawat pula lewat tiba dari Malaysia sehingga jam 17.50 waktu Indonesia ( 6.50 waktu Malaysia ) jam 18.10 waktu lndonesia ( 7.10 waktu Malaysia ) baru berlepas dan sampai di Malaysia jam 8.20 malam.


Penerbangan kami balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar jam 7.50 malam telah terlepas inilah yang amat menyedih dan mengkecewakan diri saya terpaksa pula kami menaiki Bas yang tersedia menunggu ke Kuala Lumpur disebabkan diatas urus takbir yang tak profesional oleh Syarikat penerbangan murah terbaik di dunia. Sebelum ini kita sering menyalahkan Mas kononya tidak cekap dan sebagainya sekarang perkara yang sama berlaku kepada Syarikat AirAsia, bagi saya mana-mana jua syarikat penerbangan tidak terlepas dari masaalah ini maka jangan ada mana-mana Syarikat mendabit dada atas alasan kami yang terbaik.

Perkara yang berlaku ada hikmahnya untuk saya maka keesokanya saya dapat menghadiri mesyuarat Lembaga Koperasi tapi masaalah kepada isteri dan anak saya tidak dapat balik seperti yang dijadualkan

Friday, November 25, 2011

Pasar AMPERA

Selesai sudah aktiviti menaiki bot kami terus ke Pasar AMPERA yang terletak ditebing sungai serta berhampiran jambatan tersebut. Pasar ini menjual pelbagai jenis barangan yang dibawa terus dari kampong dan yang paling banyak pakaian. 



Apa yang seronoknya jualan lelong ditepi jalan hadapan bangunan pasar tersebut memang murah gila-gila tapi tapaknya tidak kekal kerana tempat tersebut tidak dibenar oleh pihak yang berwajib terutama polis, lebih kurang 1 jam kami berada disitu kami terkejut melihat kenapa dengan tergesa-gesa semua peniaga disitu membungkus semua jualan mereka dan terus berlari rupanya penguatkuasa polis dah datang untuk merampas jualan mereka oleh kerana mereka cekap tiada siapa kena rampas.


Kami terus masuk ka pasar untuk melihat pelbagai jenis jualan pusing punya pusing apa satu pun kami tak beli memang kami suami isteri tak pandai shopping sudah penat kami masuk kesebuah restoran minum air dan balik ke hotel. Kenderaan anggkutan banyak sekali untuk kami nak balik ke hotel jarak dari pasar tersebut lebih kurang 10 km.


Jam 12.00 tengahari waktu Indonesia ( 1.00 tengahari waktu Malaysia ) saya bersama anak pergi solat jumaat masjidnya terletak di sebelah belakang hotel yang kami mengindap.

Video Pasar AMPERA

Disebelah petang kami sekali lagi ke Jambatan AMPERA untuk melihat suasana jualan petang dibawah jambatan dan melihat cahaya lampu di Jabatan tersebut dimalam hari yang menjadi tunpuan orang ramai termasuk pelancong,

Video Jambatan AMPERA

Hari Ke 2 Di Pelembang

Selepas sarapan pagi pada 25/11/2011 jam 9.00 pagi waktu Indonesia (10.00 pagi waktu Malaysia) kami menaiki angkutan kota dengan harga tambang Rp 6,000 (RM 2.10) untuk 3 orang berbanding jika menaiki teksi bayaranya Rp 50.000 (RM 18.000) jauh lebih murah menaiki angkutan kota.



Sampai kami di Jambatan AMPERA yang mana menjadi salah satu tarikan pelancong terutama diwaktu malam dengan cahaya lampunya berwarna warni yang dihiaskan dikeliling jambatan tersebut membuatkan pelancong dan orang-orang tempatan rasa terpikat dan disitu tempat pertemuan para remaja.


Aktiviti disiang hari melihat orang ramai menaiki bot-bot yang tersedia menunggu para penumpang untuk keseberang dengan urusan perniagaan dan sebagainya. Kami dijemput oleh tuan punya bot untuk membawa kami menaiki bot melihat-lihat disepanjang tebing sungai tersebut. 


Setelah kami berada sekian lama disitu sebelum kami menaiki bot keseberang kami makan tengahari bagi mengisi perut terlebih dahulu dan selepas makan kami pun menaiki bot ke seberang untuk meninjau dan melihat aktiviti disana.


Selepas kami meninjau-ninjau dikawasan tersebut kami pun menaiki bot untuk kembali ke seberang dan kami terus masuk ka Pasar AMPERA yang mana di pasar ini menjual bermacam-macam jenis jualan secara borong dan juga runcit. 


Video Di Jambatan AMPERA

Wednesday, November 23, 2011

Perjalanan Ke Palembang

Saya hari ini 24/11/2011 jam 8.30 pagi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Alor Setar menaiki Pesawat AirAsia menuju ke Palembang, sampai di LCCT Kuala Lumpur kami terus ke ke misin kaunter tiket untuk mengambil tiket balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar pada 26-11-2011.

Sementara menunggu penerbangan kami pada 4.15 petang yang sepatutnya pada jam 12.30 tengahari penerbangan asal kini telah ditunda kemungkinan kesibukan pergi balik orang-orang Sukan SEA 2011 di Palembang maka jadual telah berubah, Namum begitu tak kisahlah bagi kami, kami menghabiskan masa di Restoran Makan menjamu selera disana.

Sesudah solat jamak takdim (zohor dan asar) kami terus ke pintu perlepasan antarabangsa untuk cheak in dan membuat pengesahan tiket di kuanter air asia dan kami menungu untuk pernerbangang jam 5.00 petang sementara itu kami sempat membeli- belah di kedai bebas cukai.

Kutipan 3R di Perlis

Kutipan 3R dikomplek Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis telah diadakan pada hari ini 23 November 2011 jam 9 pagi bertempat di Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis.  


Program ini dijalankan setiap bulan minggu ketiga sepatutnya pada 17 November 2011 oleh kerana tarikh tersebut Syarikat environment IDAMAN Sdb Bhd ada tugasnya yang lain maka diganti pada tarikh ini.



Seperti biasa program ini diadakan bersama antara environment IDAMAN Sdn Bhd, PPSPPA Negeri Perlis dan Pejabat Kerajaan Negeri Perlis.


Kali ini tidak banyak barang-barang yang di bawa turun mungkin kerana tarikh berubah, kutipan hari ini hanya RM 238.00 sahaja.

Penyerahan Wang Jualan Kitar Semula

Tuesday, November 22, 2011

Perasmian Penutup Bengkel

Majlis Penutupan Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu oleh Y.B. Dato' Mashitah Binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada jam 4.00 petang bertempat di Dewan Gran Ball, Hotel Awana Porto Malai, Langkawi, Kedah.



Sebelum majlis perasmian penutup pagi ini sebanyak 4 kertas kerja dibentangkan oleh Ketua-ketua serantau, Sessi pertama dari Hjh Rosminah bti Hj. Abd. Wahid Senior Maneger, Ar Rahnu Micro Financing BIBD dibantu oleh En. Muhammad Saifullah Dato Paduka Mustajab, Lecturer, Universiti Brunei Darussalam.


Kedua oleh Prof. Dr. Abd. Aziz Tajuddin tajuk ASPEK TEKNIKAL X - RAY FLOURESCENCE yang ketiga En. Bunyamin Ghehleh, Timbalan Setiausaha Koperasi Islam Pattani, Berhad, Thailand.diatas tajuk PENGUKUHAN PERKHIDMATAN PROGRAM MIKRO KREDIT AR RAHNU.


Selepas majlis perasmian jam 5.00 petang saya terus ke Jeti untuk pulang feri jam 6.00 petang, sedia menunggu diluar untuk membawa saya ke feri rakan saya En. Fazil Yahya juga orang kuat Majlis Perbandaran Langkawi,  sampai disana terminal feri saya terus mendapat tiket feri jam 6.00 petang ke Kuala Perlis.


Video Perjalanan Balik Ke Kuala Perlis

Monday, November 21, 2011

Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu 2011

Bengkel Serantau INOVASI AR RAHNU anjuran YaPEIM telah dirasmikan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B) Menteri Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.pada 21 November 2011 bertempat di Hotel Awana Porto Malai, Pulau Langkawi, Kedah.


Peserta program yang dihadiri oleh saramai 200 orang termasuk peserta-peserta dari luar negara ianya selain dari Malaysia juga Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Kemboja dan Timur Leste yang menyertainya.


Selepas majlis perasmian gimik perasmian Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu diadakan majlis Penyerahan Dokumen Kesepakatan Anggota Persidangan Sekretariat Ar Rahnu serta Penyerahan Sijil Perlantikan INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PERUNDANGAN YaPEIM sebagai Agen Eksklusif dan Pengedar Tunggal X-Ray Fluorescence Spectrometer di Malaysia dan Negara-Negara OIC oleh Jiangsu Skyray Instrument Co.Ltd.


Sessi pertama bermula jam 11.30 pagi dengan tajuk Merintis Inovasi, Memperkukuh Perkhidmatan, Mematap Kelestarian Ummah. Pembentang Y,Bhg. En. Abibullah bin Hj. Samsudin, Pengarah Sekretariat Ar Rahnu Serantau/Ketua Pegawai Eksekutif INPUT YaPEIM manakala Moderator YM. Dato' Seri Setia Ustaz Hj, Metussin bin Hj. Baki, Timbalan Pengerusi Badan Penasihat Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).



Sessi kedua bermula selepas makan tengahari jam 2,00 petang tajuk Program Mikro Kredit Ar Rahnu Sebagai Pemangkin (Catalyst) Pembangunan Sosio Ekonomi Ummah: Tinjauan, Pengelaman Institusi Pelaksana dan Pengukuhan Masa Hadapan. Pengelaman Negara-Negara Serantau. Panel Pembentang seramai 5 orang.


Majlis dailog bersama peserta diadakan sebaik sahaja selesai pembentangan sessi kedua dan ianya berakhir pada jam 5.00 petang sebaik sahaja selepas jamuan teh.     


Sunday, November 20, 2011

Bengkel di Langkawi

Hari ini 20 November 2011jam 5.30 petang saya ke Kuala Perlis sampai disana jam 6.20 petang terus mengambil tiket feri yang terakhir ke Langkawi. Feri bertolak tepat jam 7.00 petang sampai di jeti Langkawi jam 8.00 malam oleh kerana berlakunya kesilapan teknikal feri tidak dapat menghampiri jeti hampir 40 minit kemudian kami mendarat jam 8.50 malam.


Sampainya saya tersedia menunggu sahabat saya Ku Jamaluddin (Pak Ku) orang kuat Majlis Perbandaran Langkawi dan beliau membawa saya terus ke Hotel Awana Porto Malai untuk pendaftaran dan bilik penginapan, selesai sudah pendaftaran pihak urusetia menyerahkan kunci bilik, dokumen dan beg seminar kemudian kami terus ke bilik penginapan No. 1306 tingkat 3.


Selesai menyimpan beg Pak Ku membawa saya ke kedai makan untuk makan malam, tempat yang dibawanya saya dikedai makan hak kepunyaan Fama yang terletak tidak berjauhan dengan airport, dikedai tersebut ada pula karaoke, mana-mana pengunjung yang makan disitu dibenarkan menyanyi tanpa bayaran.



Apa lagi saya pun tak kasi can la selepas memesan makanan lalu saya terus bangun pergi ke DJ mendaftar sebagai penyanyi. Hahhhh selepas menyanyi saya dihantar balik ke hotel.




Saturday, November 19, 2011

Hari Terakhir di Bandung

Hari terakhir 19/11/2011 Hari Sabtu selepas makan pagi kami terus berangkat menuju ke Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung (Airport ini terlalu kecil ianya berada bersebelahan dengan kem tentera) teksi sudah siap menanti di luar lobby untuk membawa kami ke sana dengan kadar harga RP 50.000 (RM 18.00). 



Sampai di Airport keadaan disekeliling tidak begitu sibuk mungkin kerana kami sampai terlalu awal tapi perlu diambil kira untuk menaiki pesawat antrabangsa kita mesti berada 4 jam lebih awal sebelum waktu bertolak bagi urusan baggage dan pengesahan tiket.


Keadaan diAirport ini cukup tenang tiada banyak ulat-ulat yang mencari makan dengan alasan untuk membantu kita. Harus diingat sekiranya mereka membantu kita mereka akan minta upah yang banyak jika tak diberi takut apajua mereka boleh lakukan.


Video Kembali ke Malaysia

Bertolak dari Bandung jam 12.00 tengahari waktu Indonesia ( 1.00  Malaysia ) Sampai di Kuala Lumpur jam  3.10 petang ( 2jam 10 Minit ) Kita harus puji bahawa KLIA atau LCCT memang airport terbaik juga termasuk kaunter imggration.



Sementara menunggu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar yang dijadualkan pada jam 19.50 malam seperti biasa saya ke dewan makan oder KFC dan terus membuka lettop buat blog sebagai menunggu keisian masa.

Ketepatan masa maka saya checkin masuk ke bahagian perlepasan dalam negeri untuk menaiki pesawat, sampai di Alor Setar jam 8.50 malam.


Hari Ke 2 Di Bandung

Hari Ke Dua18/11/ Jumaat selepas sarapan pagi kami keluar menuju kesebuah Gedung membuat pakaian jenama Jean yang terletak dihadapan hotel kami, disitu kami menempah kain jean untuk membuat seluar baru dengan harga cuma Rp 200.000 (RM 72.00) petang siap.



Kemudian kami terus ke Pasar Baru Trade Centre, sampainya kami disana banyak kedai belum lagi beroperasi, disinilah pelbagai jenis produk ada dijual, kami berjalan-jalan disekitar deretan kedai-kedai yang ada disitu, selepas itu kami balik ke hotel untuk ke masjid sembahyang jumaat.



Pihak pengerusan hotel memaklumkan pada kami bilik kami tidak dapat disambung kerana ada orang lain sudah menempahnya dan katanya di Bandung setiap hujung minggu boleh dikatakan bilik-bilik hotel semuanya penuh.



Kami checkout lalu mencari hotel pusing punya pusing akhirnya kami dapat di V Palace bertaraf 4 bintang dengan harga Rp 800.000 (RM 288.00) tidak jauh dengan Pasar Pekan Baru, Ini satu peringatan kepada kawan-kawan diBandung ada 2 jenis teksi 1 bermeter dan 1 lagi tak ada meter yang tak ada meter mereka mengenakan caj yang tinggi contohnya kami dari hotel jalan merdeka hanya pergi ke hotel baru tak sampai 5 km dicajnya Rp 150.000 (RM 42.00 ) pada hal semalam kami naik pusing didalan pekan tersebut lebih kurang jauhnya hanya baru Rp 50.000 (RM 18.00 ) sahaja. itu la kawan-kawan harus berhati-hati.



Malam hari selepas makan kami mengunjung salah satu pasaraya yang terbesar di SOGO orangnya ramai dan kebanyakan famili dan anak muda menghabiskan masa di deretan kedai-kedai minuman dan makanan di komplek tersebut, tempatnya nyaman, bersih dan suasanaya amat romantik sehingga boleh menenangkan fikiran kita.




Friday, November 18, 2011

Hari Pertama diBandung

Sebaik sahaja selepas mesyuarat tersebut pada 17/11/2011jam 1.00 tengahari saya bersama pengerusi terus bekejar ke LCCT untuk menaiki pesawat airasia jam 3.50 petang ke Bandung, Indonesia. Perjalanan ke Bandung dari Kuala Lumpur memakan masa selama 2 jam 5 minit.


Sampainya kami di Bandung hari dah malam, kebetulan pula pada malam tersebut ada siaran langsung pertandingan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia apa lagi jalan raya menjadi sesak dengan perarakan bermotosikal disepanjang jalan sebelum ianya bermula pertandingan, waaauuuu semangat betul mereka. 



Jam 9.00 malam kami pun sampai diHotel Grand Panghagar bertaraf 5 bintang, Jalan Merdeka biliknya lebih daripada 250 buah bilik harganya boleh tahan, harga bilik 1 malam Rp 980.000 (RM 350.00 ) kami ambil 1 malam sahaja.



Selepas checkin kami terus keluar makan nasi padang dirumah makan yang terletak tidak jauh dari hotel tersebut, sampainya kami dikedai tersebut wauuuu ramainya yang makan tak ramai pun yang tengok TV huuhhh lebih banyak.  Kami lihat keadaan disekeliling tak berepa selamat selepas kami makan kami cepat-cepat balik ke hotel terus tonton siaran langsung hhaaaaahhhh puas.


Malam tersebut bila habis siaran bolasepak kami turun meninjau kebawah tengok keadaan aalllaahai sunyi sepi tak seriuh sebelum perlawanan, kami tak berani keluar maka duduk saja kat lobby melihat keadaan di sekeliling.

Video Perjalanan ke Bandung