Majlis Penutupan Bengkel Serantau Inovasi Ar Rahnu oleh Y.B. Dato' Mashitah Binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada jam 4.00 petang bertempat di Dewan Gran Ball, Hotel Awana Porto Malai, Langkawi, Kedah.
Sebelum majlis perasmian penutup pagi ini sebanyak 4 kertas kerja dibentangkan oleh Ketua-ketua serantau, Sessi pertama dari Hjh Rosminah bti Hj. Abd. Wahid Senior Maneger, Ar Rahnu Micro Financing BIBD dibantu oleh En. Muhammad Saifullah Dato Paduka Mustajab, Lecturer, Universiti Brunei Darussalam.
Kedua oleh Prof. Dr. Abd. Aziz Tajuddin tajuk ASPEK TEKNIKAL X - RAY FLOURESCENCE yang ketiga En. Bunyamin Ghehleh, Timbalan Setiausaha Koperasi Islam Pattani, Berhad, Thailand.diatas tajuk PENGUKUHAN PERKHIDMATAN PROGRAM MIKRO KREDIT AR RAHNU.
Selepas majlis perasmian jam 5.00 petang saya terus ke Jeti untuk pulang feri jam 6.00 petang, sedia menunggu diluar untuk membawa saya ke feri rakan saya En. Fazil Yahya juga orang kuat Majlis Perbandaran Langkawi, sampai disana terminal feri saya terus mendapat tiket feri jam 6.00 petang ke Kuala Perlis.
No comments:
Post a Comment