Saya serta rakan menuju ke Medan diatas jemputan Bapak Indera Diwardy Kepala Perusahaan Perhotelan dan Pelancongan bagi menyambung kembali perbincangan pada bulan lepas kearah mengujudkan kerjasama dalam pelancongan antara syarikatnya dengan syarikat kami pada 10 November 2011 bertempat Di Wisma Tamu Pemprovsu, Jalan Tengku Daud No. 11, Medan, Indonesia.
Sesampainya kami diHotel Danau Toba, International bahagian receiption telah memberitahu kami bahawa kami ditempatkan di Danau Toba Condominium oleh Bapak Indera Dewardy. Keesokanya kami dijemput oleh Pemandunya ke Wisma Tamu, kerana beliau ada tugasnya disitu.
Wau sampainya kami di Wisma Tamu hebatnya perabot didalam jika dilihat dihadapan keselurohan bangunan tersebut hanya biasa saja, kami dilarang untuk bergambar didalam bangunan tersebut entah mengapa kami tidak tahu, mungkin keindahan didalam tidak mahu didedahkan.
Kami dibawa masuk ke kamar Bapak Indera Diwardy sampainya disana kami disambut oleh Setiausahanya dan dijemput kami ke bilik rehat dan di beri minuman sementara menunggu Bapak Indera Diwardy selesai berurusan dengan tamu yang lain.
Hampir 30 minit kami menunggu maka munculah Bapa Indera Diwardy kami bersalam beliau sempat berbual dengan kami hanya 30 minit ketanya perjumpaan hari ini ditangguhkan kerana keponakannya menghadapi kemalangan yang menyebabkan kematian, beliau berjanji akan ada sekali lagi perjumpaan.
Selepas itu kami pun menuju ke Masjid yang berdekatan disitu untuk menunaikan farzu jumaat selepas jumaat kami berjalan teerus mecari Rumah Makan (Kedai Makan) yang ada berhampiran disitu.
No comments:
Post a Comment