Friday, November 25, 2011

Hari Ke 2 Di Pelembang

Selepas sarapan pagi pada 25/11/2011 jam 9.00 pagi waktu Indonesia (10.00 pagi waktu Malaysia) kami menaiki angkutan kota dengan harga tambang Rp 6,000 (RM 2.10) untuk 3 orang berbanding jika menaiki teksi bayaranya Rp 50.000 (RM 18.000) jauh lebih murah menaiki angkutan kota.



Sampai kami di Jambatan AMPERA yang mana menjadi salah satu tarikan pelancong terutama diwaktu malam dengan cahaya lampunya berwarna warni yang dihiaskan dikeliling jambatan tersebut membuatkan pelancong dan orang-orang tempatan rasa terpikat dan disitu tempat pertemuan para remaja.


Aktiviti disiang hari melihat orang ramai menaiki bot-bot yang tersedia menunggu para penumpang untuk keseberang dengan urusan perniagaan dan sebagainya. Kami dijemput oleh tuan punya bot untuk membawa kami menaiki bot melihat-lihat disepanjang tebing sungai tersebut. 


Setelah kami berada sekian lama disitu sebelum kami menaiki bot keseberang kami makan tengahari bagi mengisi perut terlebih dahulu dan selepas makan kami pun menaiki bot ke seberang untuk meninjau dan melihat aktiviti disana.


Selepas kami meninjau-ninjau dikawasan tersebut kami pun menaiki bot untuk kembali ke seberang dan kami terus masuk ka Pasar AMPERA yang mana di pasar ini menjual bermacam-macam jenis jualan secara borong dan juga runcit. 


Video Di Jambatan AMPERA

No comments:

Post a Comment