Friday, November 4, 2011

Makan Ketam Kukus

Sebaik sahaja selesai kerja saya bersama kawan-kawan pergi ke Danok, Thailand pada jam 7.45 malam untuk berehat dan menikmati ketam kukus diwarong tepi jalan dalam Pekan Danok. Sebelum ke tempat makan kami pergi membeli beras wangi dan beras pulut seperti yang dipesan oleh isteri untuk makan hari raya nak jamu anak menantu balik berhari raya nanti.

Pelbagai jenis beras
Kedai Beras
Warong Ketam Kukus

Masakan ketam kukusnya lain dari yang lain ianya amat enak dan sedap dimakan bila dicuba sekali nak berkali-kali itu sebabnya berbeza dari segi teknik buatan walaupun ketam rebus yang ada di Kuala Perlis fresh kesemuanya tapi tak sama dengan di Danok, Thailand.

Aduh sedapnya 2 ekor seorang
Suasana diwaktu malam

Haaaah dah selesai makan bagi mengisikan masa sebelum jam 12.00 malam kami pun pergilah disalah sebuah kedai karaoke melapaskan suara dan menghilangkan keletihan seharian bekerja, tepat jam 11.45 malam kami pun beredar terus mengambil kereta keluar dari sempadan, pagar sempadan kedua-dua belah tutup jam 12.00 malam.

No comments:

Post a Comment