Hari terakhir 19/11/2011 Hari Sabtu selepas makan pagi kami terus berangkat menuju ke Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung (Airport ini terlalu kecil ianya berada bersebelahan dengan kem tentera) teksi sudah siap menanti di luar lobby untuk membawa kami ke sana dengan kadar harga RP 50.000 (RM 18.00).
Sampai di Airport keadaan disekeliling tidak begitu sibuk mungkin kerana kami sampai terlalu awal tapi perlu diambil kira untuk menaiki pesawat antrabangsa kita mesti berada 4 jam lebih awal sebelum waktu bertolak bagi urusan baggage dan pengesahan tiket.
Keadaan diAirport ini cukup tenang tiada banyak ulat-ulat yang mencari makan dengan alasan untuk membantu kita. Harus diingat sekiranya mereka membantu kita mereka akan minta upah yang banyak jika tak diberi takut apajua mereka boleh lakukan.
Bertolak dari Bandung jam 12.00 tengahari waktu Indonesia ( 1.00 Malaysia ) Sampai di Kuala Lumpur jam 3.10 petang ( 2jam 10 Minit ) Kita harus puji bahawa KLIA atau LCCT memang airport terbaik juga termasuk kaunter imggration.
Sementara menunggu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar yang dijadualkan pada jam 19.50 malam seperti biasa saya ke dewan makan oder KFC dan terus membuka lettop buat blog sebagai menunggu keisian masa.
Ketepatan masa maka saya checkin masuk ke bahagian perlepasan dalam negeri untuk menaiki pesawat, sampai di Alor Setar jam 8.50 malam.
No comments:
Post a Comment