Saturday, November 26, 2011

Hari Terakhir di Palembang

Hari ketiga 26//11/2011 selepas sarapan pagi kami pergi ke gedung batik yang terletak diseberang jalan tidak jauh dari Hotel Grand Duta.

Disebelah gedung batik ada sebuah Pasaraya Ramayaswana  kami masuk keduanya sekali untuk melihat dan mencari apa yang patut kami membeli dibawa balik ke Malaysia sebagai kenangan.


Selepas makan tengahari kami balik ke bilik hotel mengemas barang-barang dan terus check out, teksi untuk ke airport siap sedia menunggu kami di luar lobby beg-beg kami diangkat oleh pekerja hotel dimasukan kedalam teksi,


Apa yang mengkecewakan saya penerbangan asal jam 2.15 petang dari Palembang ke Kuala Lumpur telah ditunda disaat akhir 4 hari sebelum berleps kepada jam 17.20 waktu Indonesia ( 6.20 waktu Malaysia) kemudian pesawat pula lewat tiba dari Malaysia sehingga jam 17.50 waktu Indonesia ( 6.50 waktu Malaysia ) jam 18.10 waktu lndonesia ( 7.10 waktu Malaysia ) baru berlepas dan sampai di Malaysia jam 8.20 malam.


Penerbangan kami balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar jam 7.50 malam telah terlepas inilah yang amat menyedih dan mengkecewakan diri saya terpaksa pula kami menaiki Bas yang tersedia menunggu ke Kuala Lumpur disebabkan diatas urus takbir yang tak profesional oleh Syarikat penerbangan murah terbaik di dunia. Sebelum ini kita sering menyalahkan Mas kononya tidak cekap dan sebagainya sekarang perkara yang sama berlaku kepada Syarikat AirAsia, bagi saya mana-mana jua syarikat penerbangan tidak terlepas dari masaalah ini maka jangan ada mana-mana Syarikat mendabit dada atas alasan kami yang terbaik.

Perkara yang berlaku ada hikmahnya untuk saya maka keesokanya saya dapat menghadiri mesyuarat Lembaga Koperasi tapi masaalah kepada isteri dan anak saya tidak dapat balik seperti yang dijadualkan

No comments:

Post a Comment