Sebaik sahaja selepas mesyuarat tersebut pada 17/11/2011jam 1.00 tengahari saya bersama pengerusi terus bekejar ke LCCT untuk menaiki pesawat airasia jam 3.50 petang ke Bandung, Indonesia. Perjalanan ke Bandung dari Kuala Lumpur memakan masa selama 2 jam 5 minit.
Sampainya kami di Bandung hari dah malam, kebetulan pula pada malam tersebut ada siaran langsung pertandingan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia apa lagi jalan raya menjadi sesak dengan perarakan bermotosikal disepanjang jalan sebelum ianya bermula pertandingan, waaauuuu semangat betul mereka.
Jam 9.00 malam kami pun sampai diHotel Grand Panghagar bertaraf 5 bintang, Jalan Merdeka biliknya lebih daripada 250 buah bilik harganya boleh tahan, harga bilik 1 malam Rp 980.000 (RM 350.00 ) kami ambil 1 malam sahaja.
Selepas checkin kami terus keluar makan nasi padang dirumah makan yang terletak tidak jauh dari hotel tersebut, sampainya kami dikedai tersebut wauuuu ramainya yang makan tak ramai pun yang tengok TV huuhhh lebih banyak. Kami lihat keadaan disekeliling tak berepa selamat selepas kami makan kami cepat-cepat balik ke hotel terus tonton siaran langsung hhaaaaahhhh puas.
Malam tersebut bila habis siaran bolasepak kami turun meninjau kebawah tengok keadaan aalllaahai sunyi sepi tak seriuh sebelum perlawanan, kami tak berani keluar maka duduk saja kat lobby melihat keadaan di sekeliling.
Video Perjalanan ke Bandung
No comments:
Post a Comment