Hari Ke Dua18/11/ Jumaat selepas sarapan pagi kami keluar menuju kesebuah Gedung membuat pakaian jenama Jean yang terletak dihadapan hotel kami, disitu kami menempah kain jean untuk membuat seluar baru dengan harga cuma Rp 200.000 (RM 72.00) petang siap.
Kemudian kami terus ke Pasar Baru Trade Centre, sampainya kami disana banyak kedai belum lagi beroperasi, disinilah pelbagai jenis produk ada dijual, kami berjalan-jalan disekitar deretan kedai-kedai yang ada disitu, selepas itu kami balik ke hotel untuk ke masjid sembahyang jumaat.
Pihak pengerusan hotel memaklumkan pada kami bilik kami tidak dapat disambung kerana ada orang lain sudah menempahnya dan katanya di Bandung setiap hujung minggu boleh dikatakan bilik-bilik hotel semuanya penuh.
Kami checkout lalu mencari hotel pusing punya pusing akhirnya kami dapat di V Palace bertaraf 4 bintang dengan harga Rp 800.000 (RM 288.00) tidak jauh dengan Pasar Pekan Baru, Ini satu peringatan kepada kawan-kawan diBandung ada 2 jenis teksi 1 bermeter dan 1 lagi tak ada meter yang tak ada meter mereka mengenakan caj yang tinggi contohnya kami dari hotel jalan merdeka hanya pergi ke hotel baru tak sampai 5 km dicajnya Rp 150.000 (RM 42.00 ) pada hal semalam kami naik pusing didalan pekan tersebut lebih kurang jauhnya hanya baru Rp 50.000 (RM 18.00 ) sahaja. itu la kawan-kawan harus berhati-hati.
Malam hari selepas makan kami mengunjung salah satu pasaraya yang terbesar di SOGO orangnya ramai dan kebanyakan famili dan anak muda menghabiskan masa di deretan kedai-kedai minuman dan makanan di komplek tersebut, tempatnya nyaman, bersih dan suasanaya amat romantik sehingga boleh menenangkan fikiran kita.
No comments:
Post a Comment