Hari ini 20 November 2011jam 5.30 petang saya ke Kuala Perlis sampai disana jam 6.20 petang terus mengambil tiket feri yang terakhir ke Langkawi. Feri bertolak tepat jam 7.00 petang sampai di jeti Langkawi jam 8.00 malam oleh kerana berlakunya kesilapan teknikal feri tidak dapat menghampiri jeti hampir 40 minit kemudian kami mendarat jam 8.50 malam.
Sampainya saya tersedia menunggu sahabat saya Ku Jamaluddin (Pak Ku) orang kuat Majlis Perbandaran Langkawi dan beliau membawa saya terus ke Hotel Awana Porto Malai untuk pendaftaran dan bilik penginapan, selesai sudah pendaftaran pihak urusetia menyerahkan kunci bilik, dokumen dan beg seminar kemudian kami terus ke bilik penginapan No. 1306 tingkat 3.
Selesai menyimpan beg Pak Ku membawa saya ke kedai makan untuk makan malam, tempat yang dibawanya saya dikedai makan hak kepunyaan Fama yang terletak tidak berjauhan dengan airport, dikedai tersebut ada pula karaoke, mana-mana pengunjung yang makan disitu dibenarkan menyanyi tanpa bayaran.
Apa lagi saya pun tak kasi can la selepas memesan makanan lalu saya terus bangun pergi ke DJ mendaftar sebagai penyanyi. Hahhhh selepas menyanyi saya dihantar balik ke hotel.
No comments:
Post a Comment