Jam 8.00 malam saya bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim menaiki pesawat airasia jam 9.15 malam dan sampai di LCCT Kuala Lumpur jam 10.05 malam. Sesampainya di LCCT didapati ruang menungu termasok semua ruang lengang sahaja tidak sesibuk cammana sebelum ini.
Seperti biasa sementara menunggu penerbangan esok pagi jam 7.30 pagi ke Medan saya ke Restoran KFC makan dan berehat disitu sementara menunggu kawan-kawan yang lain datang dan disamping itu saya menyiapkan blogspot yang belum disiapkan lagi.
Selepas solat subuh saya dengan kawan-kawan terus checkin dibahagian perlepasan antarabangsa untuk ke Medan, Pesawat airasia ke Medan dijangka berlepas pada 10 November 2011 jam 7.30 pagi waktu malaysia dan dijangka sampai diMedan 7.30 pagi waktu Indonesia.
No comments:
Post a Comment