Thursday, November 3, 2011

Mesyuarat Korban

Mesyuarat Kenduri Korban yang akan diadakan pada 09 November 2011 telah diadakan pada 03 November 2011 jam 3.00 petang di Pejabat Depoh Lori Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah.  


Untuk pertama kalinya En. Mhd. Saiful Anuar bin Zainal Ketua Pegawai Eksekutif  Environment IDAMAN Sdn Bhd ( CEO ) akan mengadakan kenduri korban seekor lembu untuk pekerja-pekerjanya yang akan diadakan pada hari Rabu jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang, bertempat diDepoh Lori, Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah.


Seramai 20 orang penyelia dan pekerja yang terpilih menghadziri mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu. Mesyuarat telah membahagikan tugas-tugas kepada setiap orang supaya memastikan program pada hari tersebut berjalan dengan lancarnya.


Penyembelihan akan bermula pada jam 7.00 pagi sebaik sahaja Tuan Ceo hadir untuk angkat beli di tapak pembersihan lori manakala tempat memasak akan diadakan disebelahan pintu masuk ke Depoh bersebelahan dengan khemah makan.

Jamuan makan telah diputuskan akan bermula pada jam 12.00 tengahari dan dijagka berakhir pada jam 3.00 petang.

No comments:

Post a Comment