Saturday, January 22, 2011

Melawat Dewan Bandaraya Kucing Utara

Selepas makan tengahari yang disediakan oleh Koperasi KOPERKASA Berhad kami manaiki Bas balik ke Hotel dan selepas solat Jumaat kami terus melawat Dewan Bandaraya Kucing Utara, ketibaan kami pada jam 2.45 petang disambut oleh Pegawai Perhubungan serta Ketua-ketua Jabatan.

Bas Persiaran
Dewan Bandaraya Kucing Serawak

Rombongan kami diberi taklimat mengenai struktur dan Organasasi Dewan Bandaraya Kucing Utara oleh Puan Pegawai Perhubungan Awam selepas sahaja sessi taklimat diadakan majlis bersoal jawab, banyaklah soalan-soalan yang dikemukan dan majlis pada hari tersebut berlangsung didalam susana kekeluargaan.

Juruacara Majlis

Pegawai Perhubungan Awam beri Taklimat
Barisan ahli Lembaga Koperasi
Kakitangan KOSPETA
Sdr Azih Muda berucap

Sebaik selesai sahaja majlis bersoal jawab Sdr. Azih Muda mewakili Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad memberi ucapan balas didalam majlis tersebut. Kemudian diadakan penyampaian cederamata dan seterusnya rombongan kami dibawa naik ke tingkat 6 untuk jamuan petang.

No comments:

Post a Comment