Friday, January 28, 2011

Taklimat ANULAE/KOSPETA

Terima Kasih kepada YBhg. Dato' Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban diatas undanganya menjemput Sdr. Azih bin Muda Presiden ANULAE merangkap Timbalan Presiden Cuepacs serta Pengerusi Koperasi KOSPETA  memberi taklimat khas mengenai Kesatuan Sekerja dan Koperasi didalam satu majlis perhimpunan bulanan Majlis Perbandaran Seremban pada 28-01-2011 jam 8.00 pagi  diDewan Majlis Perbandaran Seremban.

Bangunan Majlis Perbandaran Seremban
Dewan Majlis Perbandaran Seremban
Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Seremban
Sdr. Pissal Abu mewakili Koperasi KOSPETA

Perhimpunan pada pagi itu dihaziri oleh semua kakitangan termasok Tuan Setiausaha, Majlis Perbandaran Seremban.  Taklimat yang disampaikan oleh Sdr. Azih bin Muda meliputi pelbagai aspek Perjawatan, Pentadbiran termasok faedah-faedah bersekesatuan sekerja dan menjadi Ahli Koperasi KOSPETA telah mendapat perhatian dari Tuan Setiausaha Majlis.

Taklimat dari Sdr Azih bin Muda
Taklimat Sdr Azih bin Muda

TAHNIAH diucapkan kepada ANULAE Cawangan yang dapat mengaturkan program ini. Akhir sekali selepas diadakan taklimat Tuan Setiausaha Majlis bersetuju semua kakitangan diMajlis menjadi ahli kesatuan secara automatik.

Koperasi KOSPETA dan ANULAE Cawangan telah membuka kaunter jualan barang-barang electrik, Handfhone dan sebagainya oleh Syarikat Multimedia (KVK) salah satu vendor yang dilantik oleh Koperasi.

Sdr. Kalai dari KVK
Pekerja-Pekerja sedang mengambil borang



No comments:

Post a Comment