Wednesday, January 12, 2011

Subang Airport Masih Canggih

Selepas Penerbangan MAS meninggalkan Airport Subang sekarang diambil alih oleh Syarikat-syarikat penerbangan murah menggendalikanya iaitu FireFly, Berjaya dan lain-lain lagi. 

Pesawat FireFly
Melihat waktu penerbangan

Sesampainya saya diSubang Airport wau bertapa cantiknya hiasan-hiasan didalam dengan tempat duduk disediakan cukup selesa serta mempunyai ruang menunggu yang banyak pendeknya masih canggih.

Penerbangan Firefly patut dipuji walaupun kita terlewat penerbangan akan berlepas jam 7.00 petang namum begitu pada 07-01-11 saya sampai lewat hanya ada masa 15 minit ke jam 7.00 petang, kapal terbang nak bertolak jam 7.00 saya checkin jam 6.45 petang masih diberi kebenaran untuk saya buat checkin, sepatutnya 1 jam lebih awal. Terima kasih diucapkan kepada Kakitangan kaunter Firefly.

Hari ini 12-01-11 saya sampai awal diSubang Airport dapatlah berehat dan berjalan-jalan disekitarnya serta dapat menjamu selera sementara menunggu pangilan untuk penerbangan ke Alor Setar.

Berehat sambil menunggu minuman

Keadaan didalam airport tidaklah begitu sibuk sangat semuanya nampak tenang aktiviti perniagaan setiap kedai nampaknya ada sambutan dari orang ramai dan disatu sudut pula diletakan pentas hiburan untuk penyanyi bagi menghiburkan kepada setiap tetamu yang ada disitu.  

Penyanyi sedang menghiburkan tetamu
Injin Pesawat diperiksa
Suasana didalan pesawat
Suasana didalam airport
Didalam Pesawat
Penerbangan ke Alor Setar
Alor Setar diwaktu malam


No comments:

Post a Comment