Sunday, January 1, 2012

Program 3R Dan Karaoke

Environment IDAMAN Sdn Bhd bersama Restoran Pak Teh Elok Balik telah mengadakan Program Kitar Semula dan Pertandingan Lagu-lagu Karaoke bertempat di Restoran Pak teh Elok Balik di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah.


Program tersebut diadakan sempena menyambut Tahun baru 2012 disamping memberi penerangan mengenai aktiviti-aktiviti kitar semula sekali gus mengeratkan lagi silatulrahim antara Syarikat bersama masyarakat setempat dikawasan tersebut.


Majlis dimulakan dengan taklimat kitar semula yang disampaikan oleh En. Pissal bin Abu Pegawai Jabatan Koporat dan Komunikasi environment IDAMAN Sdn Bhd kemudian disusuli dengan pertandingan lagu-lagu karaoke yang disertai oleh seramai 25 orang peserta.




Menyanyi

Sambutan dari orang ramai bagi program ini diluar jangkaan apa tah lagi ianya diadakan pada malam  menyambut tahun baru 2012. Pertandingan dimulakan pada jam 10.30 malam dan tepat jam 12.00 malam majlis berhenti seketika untuk memberi ruang acara menembak bunga api kemudian majlis diteruskan sehingga berakhir peserta terakhir pada jam 1.45 malam.

Tembakan Bunga Api

Penyampaian hadiah bermula pada jam 2.00 pagi sebaik sahaja pengadil telah selesai membuat pemilihan dan kemudian diikuti dengan cabutan nama bertuah. Sebanyak 60 hadiah cabutan bertuah disediakan termasok 2 unit kipas angin serta lain-lain lagi.


Johan Pertandingan
Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah
Hadiah-hadiah yang ditawarkan dari tempat pertama hingga kesepuloh merupakan barang-barang electrik hadiah khas bagi tempat kesebelas hingga dua puloh lima masing-masing mendapat hadiah penyertaan merupakan set gelas antik  keselurohan semuanya peserta mendapat hadiah.  


Gambar 3R & Pertandingan

No comments:

Post a Comment