Saturday, January 7, 2012

Mesyuarat 3P

Mesyuarat Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) telah diadakan pada 07 Januari 2012 hari Sabtu jam 9.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.


Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu selaku Ahli Lembaga Koperasi merangkap Pengerusi Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P), perkara-perkara yang dibincangkan mengenai SOP,  surat-surat pekeliling dari SKM serta membincang menyediakan cederemata untuk tujuan seminar dan lain-lain lagi.



Pengerusi Koperasi En. Azih Muda dan Setiausaha Tuan Hj. Mohd. Faizi serta Semua Jawatankuasa yang dilantik menghadiri mesyuarat tersebut termasok Pengurus dan Pegawai-pegawai kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Mesyuarat juga memutuskan akan diadakan sekali lagi di Kuala Kangsar pada 14 januari 2012 hari Sabtu membincang khusus untuk semakan semula kehendak SOP dan aturan serta peraturan koperasi yang telah siap dijilid.




No comments:

Post a Comment