Sunday, January 22, 2012

Program 3R Di Wisma

Program 3R di Wisma pada 22 Jamuari 2012 masuk minggu ke 3 yang diadakan setiap 2 mingu sekali pada hari ahad jam 9.00 pagi bertempat di hadapan GYM Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Ramai kakitangan Pejabat SUK Kedah bercuti hari ini kerana esok cuti Raya Cina 23-24/01/2012, Seperti biasa setelah kaunter di buka bahagian cleaner mendahului lain-lain jabatan membawa turun barang-barang kitar semula untuk menyertai program ini.


environment IDAMAN Sdn Bhd seramai 4 orang yang diketuai oleh En. Pissal Abu serta dibantu dan membuat  pemamtauan diatas program ini iaitu Cik Intan Diana dan Cik Wan Illza kedua-dua mereka Pegawai dari PPSPPA Negeri Kedah.


Setelah kaunter ditutup menyaksikan kutipan Kertas seberat 786.5 kg, Botol Plastik 17.5 kg dan Tin 11 kg  jumlah keselurohan sebanyak RM 250.02.


Pembayaran Tunai

No comments:

Post a Comment