Friday, January 27, 2012

Mesy Lembaga Ke 4

Mesyuarat Lembaga Kali Ke 4 Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah diadakan pada 27/01/2012 hari Jumaat jam 8.30 pagi bertempat di pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, 68100, Batu Cave, Kuala Lumpur.



Mesyuara membincang banyak perkara termasok meluluskan projek fasa ke 2 Ternakan Ikan Dalam Sangkar Air Tawar di Tebing Kota Klasik, Kuala Kangsar, Perak.



Selepas selesai mesyuarat jam 3.00 petang kami mula berangkat ke Kuala Kangsar untuk program melepas Anak Ikan Talapia ke dalam sangkar serta mengadakan majlis tahlil untuk arwah isteri Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj Aznam Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.


Majlis tahlil telah diadakan selepas solat insya yang mana Imam Masjid Kampong Bogor Kiri telah menjadi khalifah untuk menerajui bacaan majlis tahlil tersebut, program ini mendapat sokongan yang baik dengan menyaksikan ramainya kehadziran orang-orang kampong di kawasan tersebut.




Sebaik sahaja selesai jamuan makan, majlis diteruskan dengan melepas anak-anak ikan talapia oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dengan disaksikan oleh Pegawai Perikanan Perak serta Ahli-ahli Lembaga Koperasi dan orang ramai. 


En. Azih bersama Pegawai Perikanan En. Abd.Razak

No comments:

Post a Comment