Sunday, March 4, 2012

3R Wisma Darul Aman

Kutipan barang-barang kitar semula seperti biasa diadakan setiap 2 minggu sekali dan minggu ini merupakan minggu pertama pada 4-3-2012 diadakan bertempat di Wisma Darull Aman, Alor Setar, Kedah.

Kereta sedang memunggah barang
Pekerja Syarikat Juta
En. Pissal sedang membuat penimbangan

Buat pertama kali kutipan 3R yang dijalankan hari ini dipantau bersama oleh PPSPPA dan Mr. TAKURO NUKAZAWA, Dynax Urban Environment Research Inst., Inc. dari TKK nishi-shimbashi bldg.3F, 2-11-5 Nishi-shimbashi, Minato-ku. Tokyo, Japan.

TAKURO NUKAZAWA
Sedang Mencatit

 
Beliau dalam rangka lawatan ke Pejabat PPSPPA seluroh Negara khususnya untuk mendapat maklumat serta melihat secara langsung aktiviti yang dijalankan mengenai Kutipan Barang-barang Kitar Semula sehingga turut bersama ke Kilang Kitar Semula (Vendor) menyaksikan cara-cara barang tersebut dikitarkan.


 
Semasa dikilang beliau begitu aktif melihat disekelilingnya dengan merakamkan gambar yang dibawa masuk sretiap lori ke kilang tersebut. Beliau juga turut memerhati setiap penimbangan yang dilakukan semasa penimbangan dibuat.

Menuju ke Tempat Penimbang
Bergambar di hadapan Kilang

Disebelah petang beliau dibawa oleh En. Khairul Azmi, Pegawai Jutera PPSPPA ke Pejabat environment IDAMAN Sdn Bhd untuk berjumpa dengan Pengurus Syarikat Tuan Hj. Nazrin bagi mendapatkan beberapa maklumat Syarikat.


Pejabat environment IDAMAN Sdn Bhd
En. Pissal memberi penerangan menganai Video 3R
En. Saiful Bahrin sedang memberi penerangan

No comments:

Post a Comment