Tuesday, March 6, 2012

Lawatan Ke Serawak

Setelah penat kerja seharian kebetulan Penerbangan murah AirAsia dengan konsepnya Now Everybody Can Fly memang tepat motonya, saya pun mengambil peluang ini dengan harga tiket dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pergi dan balik hanya RM 86.00 dan dari Kuala Lumpur ke Serawak selama 3 hari harga tiketnya RM 180.00 sahaja.


Bergambar di Raplika Kucing

Perjalanan Teksi dari Airport ke Bandar hanya RM 26.00 cukup murah dan tempoh 3 hari 2 malam saya berada diSerawak saya menginap di TUNE Hotel alaahaiiii murahnya baru RM 179.60 untuk 2 malam (macam dengan tak caya) ia terletak bertentangan dengan Hotel Hilton bersebelahan Sungai Serawak.

Pintu Masuk Tune Hotel

Checkin

Setelah saya checkin dan berehat disebelah petangya saya terus berjalan ke tepi sungai bagi mendapatkan trip perjalan Kapal Cruise dan menaikinya dengan harga 1 perjalanan RM 60.00 tepat jam 5.30 petang kapal tersebut mula bergerak ianya memakan masa selama 1 jam 45 minit, suasana ketika kapal tersebut berjalan pemandangannya amat indah sekali dapat melihat Bangunan-bangunan, Dewan Undangan Negeri, Perkampungan dan sebagainya, tepat jam 7.30 petang kapal tersebut berlabuh kembali di jettynya.

Kapal Cruise
Bergambar diatas Kapal

Disebelah malam saya berkunjung ke Medan Selera, sampainya saya disana waaaauuuu ramainya orang secara berkumpulan dan ada yang bekeluarga serta persaorangan makan malam disitu, semua restoran disitu menjual makanan laut. Bab makan disana tidak bimbang cukup banyak, Jika tuan/puan nak bercuti saya cadangkan eloklah pergi ke Serawak.


Kedai Makanan Laut
Makan Malam di Medan Selera

Pihak hotel menyediakan kereta untuk menghantar mana-mana pelangganya ke Airport dengan kadar harga seorang RM 9.90 cukup murah, kalau nak dibandingkan khidmat teksi diluar mereka mengenakan tambang yang tinggi dari RM 30.00 kepada RM 50.00 jika kita tidak berwaspada mungkin kita tertipu.

Perkhidmatan Kenderaan Tune Hotel

No comments:

Post a Comment