Friday, March 9, 2012

Ceramah 3R dan Akta 672

Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Perlis dan Syarikat konsesi Environment IDAMAN Sdn Bhd telah dijemput oleh Cik Nurul Hidayah binti Ahmad Zamzuri, Penolong Pengarah (HRMlS) Sektor Khidmat Pengerusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran, Negeri Perlis untuk memberi ceramah mengenai Kitar Semula dan akta 672 Sisa Pepejal pada 9/03/2012 di Sekolah kebangsaan Changkat, Jawi, Perlis. 


Cik Nurul Hidayah Pen. Pengarah (HRMIS)

Sebanyak 2 ceramah telah disampaikan pada pagi tersebut dengan dimulakan oleh En. Mohd. Halim bin Hashim Penolong Pegawai Tadbir Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Perlis dengan dibantu oleh En. Ruzaini atas Tajuk Akta 672 Sisa Pepejal, manakala ceramah ke 2 disampaikan oleh En. Pissal bin Abu turut dibantu oleh Puan Syafina bte Abd.Ghani dalam Tajuk Ceramah, Program Kitar Semula dan Kutipan Barang Kitar Semula .

En. Mohd. Halim bin Hashim (PPSPPA)
En. Pissal Abu Environment Idaman Sdn Bhd
Pelajar-Pelajar Sekolah

Kedua-dua sessi ceramah tersebut mendapat perhatian dan kerjasama sepenuhnya dari Guru Besar serta Guru-guru dan Pelajar-pelajar Sekolah. Kuiz juga turut diadakan sebaik sahaja selepas ceramah diberikan, nyata sudah ceramah yang disampaikan pelajar-pelajar dapat menhayatinya, setiap soalan yang diajukan semua pelajar yang mengambil bahagian dapat menjawab dengan mudahnya. 

Kuiz

1 comment:

  1. Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!

    ReplyDelete