Monday, March 11, 2013

Majlis Perdana

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA X111) telah diadakan pada 11/03/2013 Isnin anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan INTAN dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Kuala Lumpur.

YAB Perdana Menteri
Barisan Menteri Kabinet
Wakil Cuepacs Membaca Ikrar

Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri disambut oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri bersama-sama YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Farida Mohd. Ali Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan).

Ketibaan YAB Perdana Menteri
Ucapan YBhg. Ketua Setiausaha Negara

Majlis yang dihadiri oleh seramai 7,000 orang kakitangan Perkhidmatan Awam dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku diikuti dengan lagu Perkhidmatan Awam, Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Bacaan Doa.

Pasukan Koir
Wakil Cuepacs

Majlis bertemakan " Tranformasi Perkhidmatan Awam, merealisasikan Wawasan 2020 " bermula dengan ucapan YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa dan seterusnya Amanat oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

Amanat YAB Perdana Menteri

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE Semenanjung Malaysia) yang diketuai oleh En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE dan merangkap Timbalan Presiden Cuepacs turut serta bersama-sama 200 orang ahlinya menyertai program ini.

En. Azih Muda Timbalan Presiden Cuepacs
Perwakilan ANULAE Semenanjung Malaysia

Selepas selesai jamuan makan tengahari satu sidang media diadakan dibilik confrence dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamza bersama dengan YBhg. Dato' Omar bin Osman Presiden Cuepacs dan Timbalan Ketua Pengarah serta diperhatikan oleh Ketua-Ketua Jabatan.

Sidang Media
Ketua Jabatan & Waki Cuepacs
Wakil Kedah Utara

No comments:

Post a Comment