Thursday, March 28, 2013

Temubual Pekerja

Hasil daripada keputusan dari Bengkel Kakitangan yang diadakan baru-baru ini 3 orang Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang dilantik diketuai oleh En. Azih bin Muda Pengerusi,  Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Aznam Setiausaha dan En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha mengadakan temubual tersebut pada 27/03/2013 di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Kakitangan Baru ditemubual

Hari Pertama seramai 2 orang Kakitangan baru dan 4 orang dibahagian Kedit, Billing dan Proses Pinjaman telah dipangil untuk ditemubual. Tujuan mengadakan sessi ini adalah untuk mengenal pasti masaalah-masaalah yang dihadapi oleh Kakitangan dalam masa menjalankan tugas seharian mereka. Hasil temubual beberapa masaalah telah dikenal pasti yang mana aktiviti tersebut akan merugikan Koperasi.

En. Azih Muda Pengerusi sedang menebual

Hari Ke 2 28/03/2013 Bahagian Pengesahan Baki, Urusniaga, Billing dan juga Kaunter dipanggil, hasil dari temubual itu bahagian Pengesahan Baki mempunyai masaalah dan boleh merugikan Koperasi kerana Sistem yang diguna tidak memberi jawapan yang tepat khususnya dalam pengesahan baki sebenar.

Kakitangan Bahagian Urusniaga

Semua masaalah yang dikenal pasti akan disediakan butiran oleh Setiausaha dan dibantu oleh Pen. Setiausaha untuk dibentangkan kepada Lembaga dalam mesyuarat yang terdekat nanti.

En. Pissal Abu sedng mencatit

No comments:

Post a Comment