Tuesday, March 12, 2013

Perjumpaan dengan Kakitangan

Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) hari ini 12/03/2013 Selasa telah mengadakan perjumpaan bulanan antara Pengerusi dengan Kakitangan keselurohan seramai 25 orang di Dewan Zainal Abidin, Tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara, Batu Cave Kuala Lumpur.

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi

Perjumpaan ini diadakan bagi tujuan menambahbaikan pentadbiran Koperasi yang sedia ada, Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan En. Pissal Abu selaku Pengerusi 3P merangkap Penolong Setiausaha memulakan ucapan aluan dan memaklumkan perjumpaan hari ini diadakan diatas permintaan Pengerusi Koperasi bertujuan memberi maklumat tambahan. Perjumpaan ini dihadiri oleh semua kakitangan termasok Pengurus, Penolong Pengurus serta Pegawai-pegawai Kanan Koperasi.

En. Pissal Abu Pengerusi 3P

Pengerusi Koperasi En. Azih Muda minta semua wargakerja peka akan keadaan sekitar dalam masa menjalankan tugas pastikan kerja yang dibuat tidak berlaku kesalahan, jangan menyusahkan anggota-anggota koperasi yang khusus datang ke pejabat dalam urusan permohonan pinjaman kerana mereka ini sangat-sangat memerlukan pertolongan berilah bantuan dan kerjasama bantulah mereka dan selesaikan masaalah mereka secepat mungkin jangan biar mereka menunggu lebih lama.

Kakitangan Koperasi 

Pengerusi memaklumkan semalam kerajaan telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mulai bulan Januari 2013 tapi dalam masa yang sama tuan/puan kakitangan Koperasi telah pun menikmati KGT lebih awal dari kakitangan kerajaan, ini menunjukan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad sentiasa mengambil berat serta prihatin terhadap kebajikan kakitanganya. Jesteru itu beliau minta meningkatkan lagi produktiviti kerja sehingga ketahap maksimun.

Kakitangan Koperasi

No comments:

Post a Comment