Saturday, March 23, 2013

Seminar Pendidikan Di Ampang

Seminar Pendidikan Anggota Lembaga, Jad dan Warga Kerja Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) telah diadakan selama 3 hari 2 malam pada 21-23/03/2013 bertempat di De Palma Hotel Ampang, Jalan Selaman 1/2, 6800 selangor, Darul Ehsan.


Setiausaha bersama Pen. Setiausaha

Seramai 11 orang Lembaga, 3 orang Jad serta 22 orang Wargakerja berjumlah 36 orang menyertai seminar ini yang diadakan selama 3 hari 2 malam, bersekempatan semua Lembaga ada disitu disebelah petang selepasa Ceramah Pertama dari KOPSYA diteruskan Mesyuarat Pembiayaan dan Kredit.

Mesyuarat Pembiayaan & Kredit
Penceramah dari KOPSYA
Sebahagian dari Peserta

Disebelah malam sebaik sahaja selesai Taklimat Pengerusi kepada semua peserta seminar diteruskan dengan Mesyuarat Lembaga Khas membincang mengenai tamat penyewaan kedai buah diPejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Sessi Taklimat Oleh En. Azih Muda
Mesyuarat Lembaga Khas

Hari Jumaat 22/03/2013 jam 8.30 pagi diBilik Kasturi bermula dengan Ceramah Ke 2 oleh Wakil Jabatan Khidmat Koperasi BANK RAKYAT diPengerusikan oleh En. Abdul Rahman Abu Bakar dan sambung kepada Ceramah ke 3 oleh YBhg. Dato, Aini bin Taib dari Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor (KOSAS) diPengerusikan oleh Puan Mariah Ahmad berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Penceramah Bank Rakyat
En. Azih bersama YBhg. Dato' Aini Taib
Makan bersama YBhg. Dato' Aini Taib

Disebelah petang jam 2.45 disambung dengan Bengkel KOSPETA bertema Meningkatkan Produktiviti & Intergeriti, Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan antaranya Kewangan, Kredit dan Pentadbiran manakala Lembaga bersama Jad membincang Hala Tuju Koperasi, Disebelah malam selepas makan malam Bengkel disambung semula dari jam 9.00 hingga 11.30 malam.

Makan Malam
Bengkel Kewangan
Bengkel Pentadbiran
Bengkel Kredit

Hari Ke 3 jam 8.30 pagi pada 23/03/2013 Bengkel bermula dan semua peserta mengambil bahagian dalam kumpulan masing-masing sehingglah berakhir pada jam 11.45 pagi. Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad En. Azih bin Muda dalam ucapan penutupnya amat berpuas hati Bengkel yang diadakan selama 3 hari ini telah berjaya. Program ini berakhir sebaik sahaja selepas jamuam makan tengahari.

Taklimat Akhir dari En. Pissal Abu

No comments:

Post a Comment