Thursday, August 7, 2014

Penyerahan Diveden di Tiga Tempat

Penyerahan diveden kawasan Majlis Daerah Pendang telah diadakan pada 05/08/2014 hari Selasa jam 3.00 petang di Pejabat Majlis Daerah Pendang, Pendang, Kedah.

Pejabat M.D.Pendang

Ketibaan En.Pissal Abu Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad disambut oleh En. Darulsalam selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.


Sebaik sahaja penyerahan diveden dibuat maka ramailah ahli-ahli yang sedia menunggu kedatangan saya di Lobby Pejabat mula menerima cek diveden, Masing-masing berasa lega dapat cek diveden.

Penyerahan Diveden

Bergambar beramai-ramai

Pada 06/08/2014 saya ke Langkawi menaiki Feri dari Kuala Kedah ke Langkawi pada jam 9.30 pg dan sampai di Jeti Langkawi jam 11.00 pg sedia menungu saya di Jeti En Ku Jamaluddin bin Ku Abd.Razak Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Majlis Perbandaran Langkawi, Bandaraya Pelancongan.

Penyerahan Cek Diveden

Sebaik sahaja penyerahan di buat wakil kawasan En Ku Jamaluddin terus membayar diveden kepada ahli-ahli yang sudah sedia berada di situ.



Bergambar Beramai-ramai
Wakil Idaman Langkawi
Wakil Iwk Langkawi

Hari ini di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Alor Setar En. Johari Hakim wakil dari Kawasan Majlis Perbandaran Kangar datang mengambil Cek diveden untuk di bawa balik ke Kangar.

Wakil Kawasan Majlis Perbandaran Kangar

No comments:

Post a Comment