Thursday, September 15, 2011

Latihan Kawad

Pasukan Kawad environment IDAMAN Sdn Bhd setelah mengesahkan penyertaan menyertai Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah 3 hari lepas maka mulalah diadakan latihan kawad mulai 13-15 September 2011 bertempat di Depoh Lori dan Taman Rimba, Alor Setar, Kedah.

Pada hari pertama 12 september 2011jam 2.30 petang diadakan taklimat bertempat di Pejabat Depoh kepada semua peserta-peserta perarakan yang dipilih oleh jabatan masing-masing. Taklimat disampaikan oleh En. Pissal Abu yang dipilih oleh syarikat sebagai ketua kontijen bagi perarakan tahun ini.


Latihan Kawad di Depoh

Selesai sahaja diadakan taklimat majlis diteruskan dengan taklimat kawad oleh En. Sobri Abdullah yang dilantik sebagai jurulatih kawad yang berpengelaman sepenohnya sebagai Askar Wataniah.

Jurulatih Kawad

Latihan hari ini yang diadakan ditaman rimba turut disaksikan  oleh En. Mhd. Saiful Anuar Zainal, Ketua Pegawai Exsekutif, Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd dan beliau telah memberi ucapan serta menyutik semangat kepada pasukan kawad.

En. Mhd. Saiful Anuar Zainal
Ketua Pegawai Exsekutif
En. Pissal Abu sedang memberi taklimat
Tabik hurmat
Latihan kawad

Diakhir latihan peserta diberi baju t shirt, topi, beg dan bendera untuk digunakan didalam perarakan pada 16 September 2011. Selepas semuanya selesai peserta-peserta dibawa ke Restoran Tat Nasi Ayam untuk jamuan makan tengahari.


Nasi Ayam

Wednesday, September 14, 2011

Raptai Perarakan Hari Merdeka ke 54

Raptai Perarakan Hari Merdekaan Ke 54 2011 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 14 September 2011 hari Rabu jam 8.30 pagi bertempat di Dataran Tunku ( Hadapan Pekan Rabu ) Alor Setar, Kedah. 

Dalam Pembarisan

Perarakan bermula pada jam 9.30 pagi setelah selesai pihak urusetia berbincang dari segi teknikal, environment IDAMAN Sdn Bhd dijemput turut serta didalam perarakan sulungnya sejak ianya mula beroperasi pada 1 September 2009.


Bersedia untuk perarakan

Environment IDAMAN Sdn Bhd dengan kekuatanya seramai 33 orang yang diketuai oleh En. Pissal Abu sebagai Ketua Kontijen menyertai raptai perarakan yang diadakan pada 14 September 2011 yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.

Berehat sementara

Taklimat Perarakan Hari Kebangsaan

Kerajaan Tempatan Negeri Kedah menjadi urusetia Perarakan Hari Kemerdekaan Ke 54 Tahun 2011 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman dan taklimat diadakan pada 13 September 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Pendaftaran Kontijen

Semua ketua kontijen dari Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun/Swasta, Ngo, Sekolah-sekolah dan Ahli-ahli Politik dijemput hadir untuk taklimat perarakan. Taklimat disampaikan oleh Tuan Mejar Zulkifli dari Batalion 6 RAMD.

Taklimat dari Mejar RAMD
Ketua-Ketua Kontijen

Selepas taklimat semua kontijen diberikan peralatan perarakan seperti bendera dan papan tanda serta membekal makan dan minum untuk hari raptai yang akan diadakan pada 14 September 2011 jam 8.00 pagi bertempat di Peruda, alor Setar, Kedah.

Mengambil Barang-barang makanan

Sunday, September 11, 2011

Program 3R Wisma Darul Aman

Minggu pertama bulan September 2011 environment IDAMAN Sdn Bhd bersama Pengerusan Perbadanan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam telah mengadakan kutipan 3R sepertti yang dijadualkan pada pagi ini 11 September 2011 dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari bertempat di hadapan GYM, Wisma Darull Aman, Alor Setar, Kedah.


Seperti biasa kerja-kerja penimbangan dan angkutan barang-barang dibuat bersama antara enviroment IDAMAN dengan PPSPPA. 2 orang pegawai baru dari PPSPPA En. Mohd. Asrul, Pegawai Jutera dan Cik Intan Diana Abu Bakar adalah pegawai yang bertangung jawab dalam hal ehwal 3R bagi mengantikan En. Khairul Azmi juga Pegawai Jutera.


Setelah kaunter dibuka didapati amat lembab oleh kerana difahamkan masih ramai pekerja di Wisma dan Cleaner syarikat Hawa dan Juta bercuti. Hanya 6 orang sahaja dari syarikat Hawa membawa turun barang-barang untuk dikitar.



Purata barang hari ini amat sedikit, Berat kertas hanya 175.5 kg, Botol Plastik 10 kg, Alumaniam 1 kg, Tin Susu 3 kg dan Besi hanya 5.5 k jumlah keselurohan sebanyak RM 74.70.


Saturday, September 10, 2011

Pertandingan Persaorangan & Berpasangan Lagu Raya

Sebaik sahaja program 3R selesai dijalankan majlis bersambung dengan pertandingan Lagu-lagu Hari Raya, Majlis dimulakan pada jam 10.30 malam dengan pendaftaran seramai 27 orang peserta persaorangan dan 5 peserta berpasangan.  



Pengadil

Pengadil 2 orang kedua-duanya wanita seorang dari environment IDAMAN Sdn Bhd iaitu Cik Azlinda Ariffin dan Puan Yang Jamilah bekas Penari Badan Kesenian dan Budaya Alor Setar. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua pemilihan peserta yang berjaya tempat pertama hingga ke lima tidak ada sebarang protes dari mana-mana pihak terutama dari peserta.

Sebahagian dari Pengunjung

Pertandingan diadakan 2 ketegori Persaorangan dan Berpasangan, Peserta Persaorangan seramai 27 orang manakala Peserta Berpasangan hanya 5 pasangan sahaja.  Hadiah-hadiah yang disediakan kepada kedua-dua ketegori dari tempat pertama ke lima. Tepmat Pertama Dapor Masak, Kedua Periok Nasi, Ketiga Pembakar Roti, KeEmpat serika dan KeLima Set Camca.

Hadiah-hadiah

Pemenang tempat pertama bagi ketegori lelaki Adik Ahmad Iqbal dengan markah tertinggi 70/20, Kedua En. Zainol Abidin mendapat markah 65/23, Ketiga Adik Zaidatul Iman markah 65/22, KeEmpat Abang S 60/24, Ke Lima En. Mohd. Ismail bin Md. Noor 50/15.

Johan Persaorangan
Naib Johan
Tempat Ke Empat

Bagi Pasangan Pertama En. Mas Eddy & Pn. Zamzurilhana, KeDua En. Zakaria Wahab & Noor Madiah Aziz, Ke Tiga En. Mohd. Ikwan & Ani, Ke Empat En. Ahmad Faizal & Sarah dan Ke Lima Bang Mi & Tengku Zamharil.

Johan Pasangan
Naib Johan Pasangan
Tempat Ke Tiga

Ketegori pakaian tercantik jatuh pada En. Mas Eddy dan Pn. Zamzurilhana masing-masing mendapat hadiah hamper. Disamping itu sebanyak 80 hadiah cabutan bertuah disediakan kepada pengunjung-pengunjung pada malam tersebut.

Cederamata Pengadil
Cederamata Pengadil

Bagi pertandingan meneka biji betik seramai 70 orang peserta yang mengambil bahagian, hanya 5 orang sahaja yang ditawarkan hadiah seperti berikut:-  Pertama TV Colour 21", Ke Dua DVD Player, Ke Tiga Dapur, Ke Empat Kipas Angin dan Ke Lima Cerek Electirk.

Pemenang teka biji betik
Bergambar bersama pemenang


3R Dan Pertandingan Karaoke

Environment IDAMAN Sdn Bhd bersama Restoran Pak Teh Elok Balik telah mengadakan Program  bersama masyarakat pada 9 September 2011 jam 8.30 malam bertempat di Restoran Pak Teh Elok Balik, Tok Nadok, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah.


Kaunter Aduan
Syarikat environment IDAMAN Sdn Berhad turut membuka kaunter Aduan dan Perjawatan untuk memudahkan orang ramai membuat sebarang aduan kaitan dengan Perkhidmatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kaunter Perjawatan menjadi rebutan kepada pengunjung-pengunjung disitu manakala kaunter aduan tidak menerima sebarang aduan. 

Barang Hadiah & Cabutan Bertuah
Program pada malam itu berjalan serentak iaitu Ceramah, Pertandingan Memancing dan Tekaan Biji Betik, ianya dimulakan dengan Ceramah Kitar Semula oleh En.Pissal bin Abu, Pegawai Jabatan Koporat dan Komunikasi dan diikuti dengan Pertandingan Menyanyi Lagu-lagu Hari Raya, Sambutan malam tersebut diluar dugaan ramai yang hadir tidak dapat tempat duduk dianggarkan serama 400 orang.


En. Pissal Abu sedang memberi ceramah 3R

Bagi ketegori   persaorangan   seramai  27  orang  peserta  manakala  berpasangan hanya 5 pasangan sahaja. Pertandingan bermula jam 10.00 malam selepas ceramah dan berakhir jam 3.00 pagi, Hadiah-hadiah yang ditawarkan hanyalah Barang-barang Electrik seperti Dapur Masak, Periuk Nasi, Pembakar Roti, Serika dan Set Camca serta hadiah-hadiah sampingan.


Sebahagian dari Pengunjung
Persaorangan
Berpasangan

Bagi memeriahkan lagi suasana malam tersebut turut disediakan sebanyak 80 hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung disitu  setiap pengunjung diberikan seorang 1 kopon untuk melayakan menyertai cabutan bertuah.. 

Kakitangan environment IDAMAN Sdn Bhd

Disambung lagi.....

Tuesday, September 6, 2011

Lawatan ke Tg. Balai Asahan

Keinginan untuk melihat sendiri secara dekat memang sudah menjadi idaman apa tah lagi dalam suasana menyambut aidilfitri di tempat orang, jesteru itu saya bertekad keazaman meninggalkan keluarga pergi ke Medan pada hari raya ke dua iaitu hari raya pertama di Indonesia.

Bas KUPJ Ke Tg Balai
Beli Tiket di Kaunter

Pemergian saya dihari raya ke 2 pada 31-08-2011 ke Tg. Balai Asahan melalui pekan Medan lebih kurang 450 km,  dari Medan mengambil masa selama 5 jam menaiki bas mini sederhana yang boleh mengisi seramai 15 orang penumpang.

Singah di Pekan kecil utuk berehat

Apa yang mengkagumkan saya memang tidak dinafikan penduduk sana ramai bertapa banyaknya motor, motor teksi, teksi dan lain -lain kenderaan walau pun sesesaknya dijalan raya namum semangat tolak ansur sesama mereka walau pun bertubi-tubi dibunyikan horn tidak berlaku kemalangan dan pertengkaran. Ini harus dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia.

Salah sebuah gerai di pekan tersebut

Sampainya saya di Bandar Tg. Balai Asahan didapati tidak banyak perbedaan dengan pekan-pekan kecil di Malaysia. Namum begitu pekanya amat padat dengan pengunjung, pelbagai gelagat yang dapat saya lihat disekeliling pekan tersebut.

Rumah kenalan

Saya terus pergi ke Hotel Hidayah checkin dan berehat, jam 6 petang kenalan saya yang tinggal di situ datang mengambil saya ke rumahnya untuk makan malam, sepanjang perjalanan ke rumahnya sejauh 12 km dari hotel tersebut seronok dapat melihat pelbagai gaya anak-anak muda atau dewasa berarak ke sana ke mari dengan mengunakan motor teksi dihiaskan lampu berwarna dengan membawa kompang, bendera dan tanglung.