Thursday, September 15, 2011

Latihan Kawad

Pasukan Kawad environment IDAMAN Sdn Bhd setelah mengesahkan penyertaan menyertai Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah 3 hari lepas maka mulalah diadakan latihan kawad mulai 13-15 September 2011 bertempat di Depoh Lori dan Taman Rimba, Alor Setar, Kedah.

Pada hari pertama 12 september 2011jam 2.30 petang diadakan taklimat bertempat di Pejabat Depoh kepada semua peserta-peserta perarakan yang dipilih oleh jabatan masing-masing. Taklimat disampaikan oleh En. Pissal Abu yang dipilih oleh syarikat sebagai ketua kontijen bagi perarakan tahun ini.


Latihan Kawad di Depoh

Selesai sahaja diadakan taklimat majlis diteruskan dengan taklimat kawad oleh En. Sobri Abdullah yang dilantik sebagai jurulatih kawad yang berpengelaman sepenohnya sebagai Askar Wataniah.

Jurulatih Kawad

Latihan hari ini yang diadakan ditaman rimba turut disaksikan  oleh En. Mhd. Saiful Anuar Zainal, Ketua Pegawai Exsekutif, Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd dan beliau telah memberi ucapan serta menyutik semangat kepada pasukan kawad.

En. Mhd. Saiful Anuar Zainal
Ketua Pegawai Exsekutif
En. Pissal Abu sedang memberi taklimat
Tabik hurmat
Latihan kawad

Diakhir latihan peserta diberi baju t shirt, topi, beg dan bendera untuk digunakan didalam perarakan pada 16 September 2011. Selepas semuanya selesai peserta-peserta dibawa ke Restoran Tat Nasi Ayam untuk jamuan makan tengahari.


Nasi Ayam

No comments:

Post a Comment