Wednesday, September 14, 2011

Taklimat Perarakan Hari Kebangsaan

Kerajaan Tempatan Negeri Kedah menjadi urusetia Perarakan Hari Kemerdekaan Ke 54 Tahun 2011 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman dan taklimat diadakan pada 13 September 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Pendaftaran Kontijen

Semua ketua kontijen dari Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun/Swasta, Ngo, Sekolah-sekolah dan Ahli-ahli Politik dijemput hadir untuk taklimat perarakan. Taklimat disampaikan oleh Tuan Mejar Zulkifli dari Batalion 6 RAMD.

Taklimat dari Mejar RAMD
Ketua-Ketua Kontijen

Selepas taklimat semua kontijen diberikan peralatan perarakan seperti bendera dan papan tanda serta membekal makan dan minum untuk hari raptai yang akan diadakan pada 14 September 2011 jam 8.00 pagi bertempat di Peruda, alor Setar, Kedah.

Mengambil Barang-barang makanan

No comments:

Post a Comment