Sunday, September 11, 2011

Program 3R Wisma Darul Aman

Minggu pertama bulan September 2011 environment IDAMAN Sdn Bhd bersama Pengerusan Perbadanan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam telah mengadakan kutipan 3R sepertti yang dijadualkan pada pagi ini 11 September 2011 dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari bertempat di hadapan GYM, Wisma Darull Aman, Alor Setar, Kedah.


Seperti biasa kerja-kerja penimbangan dan angkutan barang-barang dibuat bersama antara enviroment IDAMAN dengan PPSPPA. 2 orang pegawai baru dari PPSPPA En. Mohd. Asrul, Pegawai Jutera dan Cik Intan Diana Abu Bakar adalah pegawai yang bertangung jawab dalam hal ehwal 3R bagi mengantikan En. Khairul Azmi juga Pegawai Jutera.


Setelah kaunter dibuka didapati amat lembab oleh kerana difahamkan masih ramai pekerja di Wisma dan Cleaner syarikat Hawa dan Juta bercuti. Hanya 6 orang sahaja dari syarikat Hawa membawa turun barang-barang untuk dikitar.



Purata barang hari ini amat sedikit, Berat kertas hanya 175.5 kg, Botol Plastik 10 kg, Alumaniam 1 kg, Tin Susu 3 kg dan Besi hanya 5.5 k jumlah keselurohan sebanyak RM 74.70.


No comments:

Post a Comment