Tuesday, September 6, 2011

Lawatan ke Tg. Balai Asahan

Keinginan untuk melihat sendiri secara dekat memang sudah menjadi idaman apa tah lagi dalam suasana menyambut aidilfitri di tempat orang, jesteru itu saya bertekad keazaman meninggalkan keluarga pergi ke Medan pada hari raya ke dua iaitu hari raya pertama di Indonesia.

Bas KUPJ Ke Tg Balai
Beli Tiket di Kaunter

Pemergian saya dihari raya ke 2 pada 31-08-2011 ke Tg. Balai Asahan melalui pekan Medan lebih kurang 450 km,  dari Medan mengambil masa selama 5 jam menaiki bas mini sederhana yang boleh mengisi seramai 15 orang penumpang.

Singah di Pekan kecil utuk berehat

Apa yang mengkagumkan saya memang tidak dinafikan penduduk sana ramai bertapa banyaknya motor, motor teksi, teksi dan lain -lain kenderaan walau pun sesesaknya dijalan raya namum semangat tolak ansur sesama mereka walau pun bertubi-tubi dibunyikan horn tidak berlaku kemalangan dan pertengkaran. Ini harus dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia.

Salah sebuah gerai di pekan tersebut

Sampainya saya di Bandar Tg. Balai Asahan didapati tidak banyak perbedaan dengan pekan-pekan kecil di Malaysia. Namum begitu pekanya amat padat dengan pengunjung, pelbagai gelagat yang dapat saya lihat disekeliling pekan tersebut.

Rumah kenalan

Saya terus pergi ke Hotel Hidayah checkin dan berehat, jam 6 petang kenalan saya yang tinggal di situ datang mengambil saya ke rumahnya untuk makan malam, sepanjang perjalanan ke rumahnya sejauh 12 km dari hotel tersebut seronok dapat melihat pelbagai gaya anak-anak muda atau dewasa berarak ke sana ke mari dengan mengunakan motor teksi dihiaskan lampu berwarna dengan membawa kompang, bendera dan tanglung.

No comments:

Post a Comment