Saturday, March 16, 2013

Mesyuarat Sambutan Perayaan

Mesyuarat Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) serta Mesyuarat Sempena Sambutan Perayaan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad ke 30 tahun kali ke 2 telah diadakan bersekali pada 16-03-2013 Sabtu jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Purnama 1, Hotel Cititel, Jalan Penang, Pulau Pinang.

Cititel Hotel
En. Pissal bersama Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi

Kedua-dua mesyuarat di Pengerusikan oleh En. Pissal bin Abu selaku Pengerusi 3P dan Perayaan. Semua Jawatankuasa 3P dan Perayaan hadir termasok Setiausaha Kehormat dan Pengurus serta 4 orang Pegawai Kanan Koperasi turut hadir. 

En. Pissal sedang mempengerusikan mesyuarat
Lembaga yang hadir

Sebaik sahaja selesai kedua-dua mesyuarat semua Lembaga yang ditempatkan di Hotel tersebut setelah checkout berkumpul diLobby Hotel untuk pergi bersama-sama ke Rumah salah seorang Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang mengadakan kenduri Perkahwinan anaknya pada hari yang sama.

Berkumpul di Lobby

Sampai di Rumah Kenduri kami semua disambut dan dilayan dengan baik, kumpulan kami seramai 21 orang ditempatkan dimeja VIP, hidangan yang disediakan waaaauuuuuu 6 jenis lauk, Nasinya cukup sedap. Hidangan sampingan iaitu Ais Cream, Laksa, Mee Kuah, Koteow Kerang, Popia, Cucur Udang buah-buahan membuatkan kami buka selera makan sehingga kenyang.

Lembaga bersama En. Salim dan Isteri (Tuan Rumah)
Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Ahli Lembaga Koperasi dan Isteri
Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

Selepas makan setelah kami berjumpa dan bergambar dengan tuan rumah kumpulan kami berpecah ada yang balik melalui Jambatan ada yang balik menaiki feri dan ada yang menaiki flight.

Pengurus Koperasi
Staff menaiki Feri

Tuesday, March 12, 2013

Perjumpaan dengan Kakitangan

Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) hari ini 12/03/2013 Selasa telah mengadakan perjumpaan bulanan antara Pengerusi dengan Kakitangan keselurohan seramai 25 orang di Dewan Zainal Abidin, Tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara, Batu Cave Kuala Lumpur.

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi

Perjumpaan ini diadakan bagi tujuan menambahbaikan pentadbiran Koperasi yang sedia ada, Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan En. Pissal Abu selaku Pengerusi 3P merangkap Penolong Setiausaha memulakan ucapan aluan dan memaklumkan perjumpaan hari ini diadakan diatas permintaan Pengerusi Koperasi bertujuan memberi maklumat tambahan. Perjumpaan ini dihadiri oleh semua kakitangan termasok Pengurus, Penolong Pengurus serta Pegawai-pegawai Kanan Koperasi.

En. Pissal Abu Pengerusi 3P

Pengerusi Koperasi En. Azih Muda minta semua wargakerja peka akan keadaan sekitar dalam masa menjalankan tugas pastikan kerja yang dibuat tidak berlaku kesalahan, jangan menyusahkan anggota-anggota koperasi yang khusus datang ke pejabat dalam urusan permohonan pinjaman kerana mereka ini sangat-sangat memerlukan pertolongan berilah bantuan dan kerjasama bantulah mereka dan selesaikan masaalah mereka secepat mungkin jangan biar mereka menunggu lebih lama.

Kakitangan Koperasi 

Pengerusi memaklumkan semalam kerajaan telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mulai bulan Januari 2013 tapi dalam masa yang sama tuan/puan kakitangan Koperasi telah pun menikmati KGT lebih awal dari kakitangan kerajaan, ini menunjukan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad sentiasa mengambil berat serta prihatin terhadap kebajikan kakitanganya. Jesteru itu beliau minta meningkatkan lagi produktiviti kerja sehingga ketahap maksimun.

Kakitangan Koperasi

Monday, March 11, 2013

Majlis Perdana

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA X111) telah diadakan pada 11/03/2013 Isnin anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan INTAN dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Kuala Lumpur.

YAB Perdana Menteri
Barisan Menteri Kabinet
Wakil Cuepacs Membaca Ikrar

Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri disambut oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri bersama-sama YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Farida Mohd. Ali Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan).

Ketibaan YAB Perdana Menteri
Ucapan YBhg. Ketua Setiausaha Negara

Majlis yang dihadiri oleh seramai 7,000 orang kakitangan Perkhidmatan Awam dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku diikuti dengan lagu Perkhidmatan Awam, Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Bacaan Doa.

Pasukan Koir
Wakil Cuepacs

Majlis bertemakan " Tranformasi Perkhidmatan Awam, merealisasikan Wawasan 2020 " bermula dengan ucapan YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa dan seterusnya Amanat oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

Amanat YAB Perdana Menteri

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE Semenanjung Malaysia) yang diketuai oleh En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE dan merangkap Timbalan Presiden Cuepacs turut serta bersama-sama 200 orang ahlinya menyertai program ini.

En. Azih Muda Timbalan Presiden Cuepacs
Perwakilan ANULAE Semenanjung Malaysia

Selepas selesai jamuan makan tengahari satu sidang media diadakan dibilik confrence dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamza bersama dengan YBhg. Dato' Omar bin Osman Presiden Cuepacs dan Timbalan Ketua Pengarah serta diperhatikan oleh Ketua-Ketua Jabatan.

Sidang Media
Ketua Jabatan & Waki Cuepacs
Wakil Kedah Utara

Thursday, March 7, 2013

Mesyuarat Perjawatan & Temuduga

Mesyuarat Perjawatan hari ini Khamis 7/02/2013 jam 9.00 pagi diadakan bersama dengan Penilaian Temuduga bagi Jawatan Kerani Kontrak bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad No. 10 & 12, Tingkat 1, Jalan 6/3A, KM 12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, 68100 Batu Cave, Kuala Lumpur.

Ahli Panel Temuduga

Seramai 8 orang terdiri dari 4 lelaki dan 4 wanita membuat permohonan dan kebanyakan kesemua mereka berkelulusan SPM menghadiri temuduga ini, sessi temuduga dijalankan oleh 4 ALK terdiri daripada En. Azih bin Muda Pengerusi, Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Aznam Setiasuaha, En. Pissal bin Abu Pen. Setiasuaha dan En Adnan bin Mat Ahli Lembaga Kanan dan hadir sama En. Khairul Anwar bin Abdullah Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Sessi Temuduga

Hasil temuduga diadakan 2 pemohon seorang lelaki dan seorang wanita telah dipilih sebulat suara oleh ke empat-empat ahli panel dan mereka telah ditawarkan ke jawatan ini bermula pada 16/3/2013.

Ahli Panel Temuduga

Selesai sudah Mesyuarat Perjawatan diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Urusniaga dan Pelaburan serta akhir sekali Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembiayaan dan Kredit, Mesyuarat berakhir pada jam 4.30 petang.

Bersambung lagii....

Saturday, February 23, 2013

Ke Danok Bersama Keluarga

Memandangkan hari Sabtu merupakan hari cuti maka hari itu pada 23/02/2013 saya mengajak anak bongsu saya ke Danok makan tomyam dan membeli belah, Kami bertolak pada jam 9.00 pagi sampai di Danok setelah selesai cop dokumen kami terus menuju ke Hotel KPK untuk berehat.

Pekan Danok, Thailand

Jam 12.00 tengahari kami keluar dari hotel menaiki kereta pergi ke Pekan Sadao kemudian kami pulang ke bilik, Disebelah petang selepas checkout kami menaiki kereta berpusing-pusing dalam Pekan Danok, akhirnya kami menuju ke kedai jualan barangan runcit yang menjadi kegemaran orang-orang malaysia bershoping disitu.

Kedai Barang Runcit
Pelbagai Jenis Beras

Kedai ini menjual pelbagai jenis barangan termasoklah beras wangi, usang dan beras pulut, sebaik sahaja selesai membeli beberapa barang dikedai tersebut kami berhenti di kedai makan tomyam yang terletak ditepi jalan tidak jauh dari situ, disinilah salah satunya kegemaran orang-orang malaysia berkumpul dan makan disini.

Kedai Makan
Daging Bakar

Antara yang menarik Tomyam 2 rasa merah dan putih, daging bakar, kerabu kaki ayam, ikan 3 rasa serta lain-lain lagi, pendek kata wauuu sekali makan esok nak lagi. Selepas solat maghrib dimasjid Danok kami pun balik dan sampai di rumah jam 9.30 malam.

Sabun Beras Organik

Friday, February 22, 2013

Mesyuarat Lembaga Kali Ke 8

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan mesyuarat Lembaga kali ke 8 hari ini Jumaat 22/02/2013 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Zainal Abidin Mohammad, tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Bandar Bharu Selayang, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih bin Muda dan En.Ramli bin Kalil

Mesyuarat pada kali ini banyak membincang khusus mengenai Persiapan Mesyuarat Agong Kawasan-kawasan dan Persidangan Perwakilan kali ke 31 pada 23/06/2013 bertempat Hotel Pelanggi, Muar, Johor Darulltakzim.

Wakil Syarikat Affinfund sedang memberi taklimat

Sebelum mesyuarat bermula syarikat Kewangan dari Affinfund mengadakan taklimat mengenai kemudahan keistimewaan melabur kedalam syarikat Affinfund. Selepas taklimat diteruskan dengan Mesyuarat Lembaga yang dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda.

Sebahagian dari ALK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari untuk solat jumaat, selepas solat jumaat semua Lembaga ke tingkat 3 untuk makan tengahari bersama-sama dengan wargakerja. Mesyuarat disambung semula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 3.45 petang.

En. Pissal bin Abu sedang mempengerusikan mesyuarat
Jawatankuasa yang hadir

Kemudian disambung pula dengan Mesyuarat Pendidikan, Penerbitan dan Penyelidikan (3P) yang dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu, mesyuarat ini membincang khusus mengenai sambutan 30 tahun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Barisan ALK

Thursday, February 21, 2013

Perhimpunan Gabungan Cuepacs

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini Khamis 21/02/2013 mengadakan Perhimpunan Khas YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri, Malaysia bersama Pemimpin-Pemimpin Kesatuan Gabungan Cuepacs bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.


En. Azih Muda bersama Ybhg. Dato' Faridah

Seramai 2,500 orang terdiri daripada Pemimipin-pemimpin Kesatuan Sekerja diseluroh Negara hadir didalam perjumpaan ini, Program ini diadakan sebagai merapatkan lagi antara pemimpin kesatuan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri

Ketibaan YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri jam 2.45 petang disambut oleh Pemimpin-pemimpin Cuepacs termasok Pengarah-Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta.


Pemimpin-Pemimpin Kesatuan sekerja

Sebaik sahaja YAB Timbalan Perdana Menteri menaiki pentas Lagu Negara Ku dinyanyikan dan diikuti dengan Bacaan Doa, Dato' Omar bin Osman Presiden Cuepacs memulakan ucapan kemudian diteruskan dengan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Sebahagian dari Pemimpin

Walaupun program ini dirancang tidak sampai dalam tempoh 24 jam namum begitu dengan kesungguhan pemimpin-pemimpin kanan Cuepacs berusaha mengumpul dengan sebanyaknya kakitangan awam dalam perjumpaan ini mendapat sokongan dan kerjasama ianya amat dipuji.


Jamuan Ringan

Majlis yang bermula pada jam 2.45 petang berakhir jam 6.00 petang sebaik sahaja selepas jamuan ringan disediakan.

Bersambung lagi....