Saturday, February 23, 2013

Ke Danok Bersama Keluarga

Memandangkan hari Sabtu merupakan hari cuti maka hari itu pada 23/02/2013 saya mengajak anak bongsu saya ke Danok makan tomyam dan membeli belah, Kami bertolak pada jam 9.00 pagi sampai di Danok setelah selesai cop dokumen kami terus menuju ke Hotel KPK untuk berehat.

Pekan Danok, Thailand

Jam 12.00 tengahari kami keluar dari hotel menaiki kereta pergi ke Pekan Sadao kemudian kami pulang ke bilik, Disebelah petang selepas checkout kami menaiki kereta berpusing-pusing dalam Pekan Danok, akhirnya kami menuju ke kedai jualan barangan runcit yang menjadi kegemaran orang-orang malaysia bershoping disitu.

Kedai Barang Runcit
Pelbagai Jenis Beras

Kedai ini menjual pelbagai jenis barangan termasoklah beras wangi, usang dan beras pulut, sebaik sahaja selesai membeli beberapa barang dikedai tersebut kami berhenti di kedai makan tomyam yang terletak ditepi jalan tidak jauh dari situ, disinilah salah satunya kegemaran orang-orang malaysia berkumpul dan makan disini.

Kedai Makan
Daging Bakar

Antara yang menarik Tomyam 2 rasa merah dan putih, daging bakar, kerabu kaki ayam, ikan 3 rasa serta lain-lain lagi, pendek kata wauuu sekali makan esok nak lagi. Selepas solat maghrib dimasjid Danok kami pun balik dan sampai di rumah jam 9.30 malam.

Sabun Beras Organik

No comments:

Post a Comment