Thursday, February 21, 2013

Perhimpunan Gabungan Cuepacs

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini Khamis 21/02/2013 mengadakan Perhimpunan Khas YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri, Malaysia bersama Pemimpin-Pemimpin Kesatuan Gabungan Cuepacs bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.


En. Azih Muda bersama Ybhg. Dato' Faridah

Seramai 2,500 orang terdiri daripada Pemimipin-pemimpin Kesatuan Sekerja diseluroh Negara hadir didalam perjumpaan ini, Program ini diadakan sebagai merapatkan lagi antara pemimpin kesatuan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri

Ketibaan YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri jam 2.45 petang disambut oleh Pemimpin-pemimpin Cuepacs termasok Pengarah-Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta.


Pemimpin-Pemimpin Kesatuan sekerja

Sebaik sahaja YAB Timbalan Perdana Menteri menaiki pentas Lagu Negara Ku dinyanyikan dan diikuti dengan Bacaan Doa, Dato' Omar bin Osman Presiden Cuepacs memulakan ucapan kemudian diteruskan dengan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Sebahagian dari Pemimpin

Walaupun program ini dirancang tidak sampai dalam tempoh 24 jam namum begitu dengan kesungguhan pemimpin-pemimpin kanan Cuepacs berusaha mengumpul dengan sebanyaknya kakitangan awam dalam perjumpaan ini mendapat sokongan dan kerjasama ianya amat dipuji.


Jamuan Ringan

Majlis yang bermula pada jam 2.45 petang berakhir jam 6.00 petang sebaik sahaja selepas jamuan ringan disediakan.

Bersambung lagi....

No comments:

Post a Comment